Feb 13 2013 - IPD Lahad Datu telah menerima maklumat sekumpulan lelaki bersenjata telah berkumpul di sebuah rumah di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina. Kumpulan ini juga dilaporkan bersenjata.
Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian.
Pihak polis dan tentera telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam danmereka percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat. Kumpulan tersebut yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu telah memberi jaminan akan meninggalkan Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Pihak polis telah menghantar satu pasukan perunding dan mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Krisis ini di tangani oleh Markas Angkatan Bersama dengan Gabungan tiga cawangan Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM.
-= PPPM=-
perbincangan lanjut di sini
http://panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=24&id=32807&Itemid=307