Monday, 11 March 2013 09:31

Isu Perjanjian Kesultanan Sulu : Salinan perjanjian yang mereka sendiri meterai

Written by  stark
Rate this item
(1 Vote)

 

Ianya bermula dengan Serangan Sepanyol ke atas Kesultanan Sulu. Lalu pada 1879, Kesultanan Sulu memajakkan Borneo Utara kepada British tujuan pemajakkan ini ialah bagi British membantu Sulu dengan membekalkan senjata bagi memerangi penjajahan Sepanyol. 

 

Namun begitu Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong dan Alfred Dent Esquire of London mempunyai idea tersendiri. Seperti amalan biasa pihak penjajah keatas negeri2 melayu di seluruh nusantara. Kedaulatan kesultanan tergadai melalui perjanjian2 yang di tandatangani oleh mereka sendiri.

Berikut ialah salinan perjanjian antara Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon Sultan of Sulu , Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong dan Alfred Dent Esquire of London.

 

WE Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon Sultan of Sulu and the dependencies thereof on behalf of ourselves our heirs and successors and with the consent and advice of the Datoos in council assembled herebygrant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London as representatives of a British Company co-jointly their heirs associates successors and assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the north-west coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the south and comprising amongst other the States of Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang, and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco river with all the islands within three marine leagues of the coast.

 In consideration of this grant the said Baron de Overbeck and Alfred Dent promise to pay as compensation to His Highness the Sultan Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamed Jamal Al Alam his heirs or successors the sum of five thousand dollars per annum.

The said territories are hereby declared vested in the said Baron de Overbeck and Alfred Dent Esquire co-jointly their heirs associates successors or assigns for as long as they choose or desire to hold them. Provided however that the rights and privileges conferred by this grant shall never be transferred to any other nation or company of foreign nationality without the sanction of Her Britannic Majesty’s Government first being obtained.

In case any dispute shall arise between His Highness the Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de Overbeck or his Company, it is hereby agreed that the matter shall be submitted to Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo.

The said Gustavus Baron de Overbeck on behalf of himself and his Company further promises to as ist his Highness the Sultan his heirs or successors with his best counsel and advice whenever His Highness may stand in need of the same.

Written in Lipuk in Sulu at the Palace of His Highness Mohamet Jamal Alam on the 19th Moharam A.H. 1295, answering to the 22nd January, A.D. 1878.

 

Sila rujuk blog ini untuk penjelasan lebih teliti. 

http://www.loyarburok.com/2013/03/08/case-against-sulu/

Secara am nya Sultan Sulu berjanji grant and cede of our own free and sovereign willdan dalam ayat yang lain assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us.

kemudian dalam ayat seterusnya “In consideration of this grant the said Baron de Overbeck and Alfred Dent promise to pay as compensation to His Highness the Sultan Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamed Jamal Al Alam his heirs or successors the sum of five thousand dollars per annum.” Secara Tidak pernah di sebut sebagai SEWAAN.

Dengan Jelas Sultan Sulu telah dengan rela hati menyerahkan keseluruhan kuasa dan kedaulatan nya ke atas tanah tersebut kepada North Borneo Company  “co-jointly their heirs associates successors or assigns for as long as they choose or desire to hold them.” atau dalam erti kata lain.. SELAMA LAMANYA.

 

Kemudian dalam perjanjian yang sama juga  Baron de Overbeck and Alfred Dent juga di beri hak untuk transfer pemilikan Borneo Utara kepada sesiapa sahaja yang mereka suka selagi Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo membenarkan.

Menurut Asree Sug , Dengan keputusan Ketua Hakim CFC Makaskie mengenai pembayaran pajakan kepada Sultan Sulu pada 1939, maka bermulalah pemberian pajakan bernilai $5300 kepada 9 waris kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Pemberian kepada 9 waris ini sebenarnya sebagai strategi Inggeris untuk melihat kesultanan Sulu tidak bersatu dan tidak mahu mengiktiraf seorang waris yang benar-benar sah. Dan strategi ini mahu melihat setiap waris berselisih pendapat mengenai siapa sultan Sulu yang mutlak.

Dan ia juga secara tidak langsung Inggeris tidak mengkitiraf kesultanan Sulu yang sah. (sumber utusan malaysia)

 

OPS DAULAT Laporan Terkini

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul membuat keputusan akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu. Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 

 

Lingkaran Naval Blockade yang di buat oleh TLDM dan Polis Marin akan di perkukuhkan lagi dengan kehadiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah

 

Manakala di dalam Red Zone, masih berlaku pertempuran dengan musuh. Walaupun hanya sekali sekala orang awam dan media adalah di larang sama sekali memasuki kawasan Red Zone.
 
 
PAda 10 mac dua anggota PGA kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.
 
Remaja 12 tahun terbunuh di dalam Red zone. 

Semasa operasi memburu pengganas sedang berlangsung, pasukan penggempur terserempak dengan kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Menjangkakan serangan hendap musuh secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.
 


Di dalam kejadian berasingan enam orang di tahan dalam dua operasi berbeza. Mereka kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
 
 
anggota keselamatan berkawal menjaga keamanan dan keselamatan.
 
 
pasukan penggempur Polis di aturgerak dalam operasi serbuan
 

 
penggeladahan dari rumah ke rumah
 
 
informer musuh yang di tawan

 

 

Last modified on Monday, 11 March 2013 10:42

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.