Top News

http://www.panggilanpertiwi.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/283138ewgftweftwq.jpglink

PENGUMUMAN PELANCARAN E-MAGAZINE PP YANG PERTAMA

PENGUMUMAN PELANCARAN E-MAGAZINE PP YANG PERTAMA http://joom.ag/1nvX Assalamualaikum. Syukur kepada ALLAH Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia akan melancarkan e-Magazine PANGGILAN PERTIWI pada awal Januari 2014. Versi BETA majalah ini akan mengupas isu-isu pertahanan, penguatkuasaan See details

PENGUMUMAN PELANCARAN E-MAGAZINE PP YANG PERTAMA
Monday, 20 June 2011 17:57

Tentera Darat Juara AASAM 2011

08
Jun
Tentera Darat Juara AASAM 2011
 

Dengan berbekalkan semangat ‘MARKSMAN SASARAN KU’ yang menerapkan nilai-nilai kejaguhan dan menjadi yang terbaik serta moto ‘BERJUANG TERUS BERJUANG’, Tim Menembak Tentera Darat (TMTD) telah berjaya mengharumkan nama negara dan Tentera Darat Malaysia (TDM) apabila menjadi Juara Keseluruhan Pertandingan Menembak Australian Army Skill at Arms Meeting 2011 (AASAM 2011).
Pertandingan berkenaan telah diadakan Combined Arms Training Centre (CATC), Puckapunyal, Victoria, Australia mulai 9 Mei hingga 18 Mei 2011 baru-baru ini. AASAM


Tim TMTD-AASAM 2011 yang terdiri daripada 13 penembak terpilih (12 penembak utama dan 1 penembak simpanan) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ketujuh Belas Rejimen Askar Melayu Diraja Para, Leftenan Kolonel Ros Hasni bin Ab Ghani, di bawah asuhan  Mejar Azman bin Abd Aziz telah berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan dalam kategori Jemputan Antarabangsa serta membawa pulang trofi  ‘THE VICKERS, trofi kategori ‘International Service Weapons Championship’.
 

TMTD turut membuktikan mereka adalah antara kumpulan penembak terbaik dunia apabila menewaskan 12 Tim Menembak Tentera Darat dari Indonesia, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat (diwakili oleh USMC), Netherland, France New Caledonia, Papua New Guinea, Canada, Timor Leste, Brunei DS, New Zealand dan Australia.

Selain trofi ‘The Vickers’, TMTD juga berjaya mempamerkan kecemerlangan apabila turut membawa pulang kebanyakan trofi yang dipertandingkan antaranya, trofi ‘United States Chief of Army Reserve’- acara Applied Marksmanship Practice (AMP), ‘The Tompson’- acara Close Quarter Practice (CQP) dan ‘Chief of Defence Force’(CDF) bagi kategori repal, trofi ‘The Tiki’ – acara Team Obstacle Course,  ‘The Pershing Shield’ – acara Team Assault/Defence dan ‘The Canada Plate’ – acara Rifle Falling Plate.
 
Bagi 10 penembak terbaik repal individu keseluruhan dalam acara Champion Shot International (CSI), tiga penembak TDM iaitu Koperal Ahmad Sofi bin Abdul Azit, Sarjan Muhamad Jani bin Talib dan Sjn Mohd Asnawi bin Ahmad berjaya menduduki tempat ketiga, keempat dan kesepuluh.

Sementara itu, Koperal Ahmad Sofi bin Abdul Azit menjadi Johan individu untuk acara CQP yang memenangi trofi ‘The Owen’, Sarjan Md Syukri bin Mustafa pula muncul Juara dalam kategori individu pistol keseluruhan dan Sarjan Muhamad Jani bin Talib mendapat tempat ketiga dalam kategori individu keseluruhan Senjata Bantuan Ringan (Light Support Weapon). AASAM 2011 merupakan penyertaan kali ke-11 TDM sejak penyertaan pertama pada tahun 1996.


Latihan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah serta pengorbanan masa dan tenaga telah menjadi faktor kecemerlangan TMTD pada AASAM 2011. Persiapan yang dimulai dari pertengahan Mac 2011 merangkumi latihan intensif dan sistematik yang menekankan pelbagai aspek antaranya kekuatan mental dan fizikal, teknik pengendalian senjata, teknik tembakan dan sebagainya telah dijalankan di lapangsasar Kem Terendak, Melaka sebelum berangkat ke negara kangaroo itu. Selain itu katanya, kata-kata semangat dan nasihat khususnya dari Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli bin Mohd Zin sebelum berlepas ke Australia turut menjadi perangsang dan pembakar semangat kepada TMTD.

Melalui penyertaan TMTD dalam pertandingan sebegini, para penembak dapat didedahkan kepada pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk dikongsi bersama dengan anggota-anggota lain di tanah air. AASAM 2011 juga memberikan peluang kepada TMTD untuk beramah mesra, berinteraksi dan bertukar pengetahuan dan pengalaman dengan anggota tentera dari negara asing yang lain.
   
Kontinjen Tim Menembak Tentera Darat Malaysia – AASAM 2011 terdiri daripada Pegawai dan anggotaLain-Lain Pangkat berikut:

1.    Lt. Kol Ros Hasni bin Ab Ghani-  K.Kontinjen
2.    Mej Azman bin Abd Aziz – Jurulatih
3.    Kapt Ahmad Azani bin Ab Rani – Peg Tadbir
4.    Sjn Mohd Jani bin Talib – Penembak
5.    Sjn Sazali bin Ab Rahman – Penembak
6.    Sjn Mohd Asnawi bin Ahmad – Penembak
7.    Sjn Che Anuar bin Abu Hassan – Penembak
8.    Sjn Katodin bin Timyati – Penembak
9.    Sjn Syukri bin Mustafa – Penembak
10.   Sjn Rozalee bin Ibnu – Penembak
11.   Kpl Ahmad Sofi bin Abd Azit – Penembak
12.    Kpl Shamsor Bahrin bin Sudin – Penembak
13.    Kpl Jantan ak Hintu – Penembak
14.    Lkpl Saiful Bahari bin Azman – Penembak
15.    Lkpl Herman Donald Majur – Penembak
16.    Kpl Mazlan bin Tauhid – Penembak Simpanan

 

P/S : Disalin daripada buletin TDM , http://army.mod.gov.my/index.php/buletin/138-tentera-darat-juara-aasam-2011

Published in Berita

 

Oleh NIZAM YATIM This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KUALA LUMPUR 14 Jun - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau memberitahu, pelantikannya telah disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah disyorkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

"Insya-Allah, saya akan mengambil-alih tampuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Jeneral Tan Sri Azizan Arifin lusa sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-18.

"Saya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah merestui jawatan baharu saya ini," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada majlis perpisahannya sebagai Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini. Zulkifeli kemudiannya turut menghadiri acara pemakaian pangkat timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dinaikkan kepada Jeneral, sekali gus mengambil-alih tampuk pemerintahan Tentera Darat sebagai ketumbukan yang mempunyai paling ramai anggota dalam ATM.

Zulkifeli yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, mula menyertai Tentera Darat pada 1974 dengan memakai pangkat Leftenan Muda setelah menamatkan pengajian di Akademi Tentera Diraja (RMA) Sandhurst di Surrey, England.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memimpin ketiga-ketiga cabang pasukan tentera iaitu darat, udara serta laut termasuk ketika menjadi Komander Tim Pemantau Antarabangsa ATM di Mindanao, Filipina dari Oktober 2004 hingga Ogos 2005.

P/S : Pihak BERTIWI mengucapkan segulung-gulung Tahniah kepada  Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin atas Perlantikan Beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera. Saya pernah berjabat tangan dengan beliau ketika beliau beramah mesra bersama orang awam semasa Sambutan Hari Tentera Darat baru-baru ini. Selain itu, Pihak Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Arifin atas khidmat beliau.

Published in Berita

Berita Terkini

Aktiviti Terkini

Analytics

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.