Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Perang Dunia Pertama
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32037

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1
Refresh topic ni, 2010 dulu ada upload kat PP forum lama



Perang Dunia Pertama - Bahagian 1

Perang ni juga dikenali dgn nama Trench War (Perang Parit), atau The Great War (Perang Besar). Dalam perang inilah, jentera-jentera digunakan secara besar-besaran. Sebelum ini, alat-alat pengangkutan dijana oleh binatang-binatang seperti kuda, keldai dan lembu.
Lori-lori, kereta kebal, pesawat dan kapal-kapal keluli yg diberi nama 'Dreadnought' (diasaskan oleh British pada 1906), kapalselam digunakan dengan meluas oleh kedua-dua pihak yg bermusuhan.

Dan ini boleh dikira sebagai perang moden yg pertama dalam sejarah peperangan. Teknoloji tentera memang berkembang di dalam perang ni. Perang ni menjadi amat sengit adalah kerana kekuatan kedua-dua pihak yg bermusuhan adalah seimbang. Masing-masing mempunyai teknoloji. Bukan seperti Italy melawan Ethiopia (Abyssina) semasa Perang Dunia Kedua. Italy dgn kelngkapan jentera seperti keretakebal, Abyssina janya menggunakan lembing. Tak seimbang langsung, perang yg ni adalah sebaliknya.

Pernah satu ketika antara parit 1 (askar A) dan parit 2 (askar , jarak cuma 500-700 meter je. hari ni askar A tawan parit 2, dua tiga hari kemudian, askar B pulak tawan parit 1..berlanjutan tawan menawan antara parit A dan B berbulan2 lamanya dan angka kematian berpuluh2 ribu. Memang seksa, askar biasalah yg betul-betul terseksa dalam perang ini. Jeneral-jeneral kalau kita lihat, hanya memberi arahan dari HQ yg serba mewah. Zaman ni masih dikira zaman ala-ala Imperial. Manakan tidak, negara-negara yg terlibat mempunyai empayar dan masih berpaksikan Raja-raja. Kenapa perang ni dipanggil Perang Dunia (World War I)? Perang hanya di Eropah sahaja?

Bersambung....
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32046

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1



Perang Dunia Pertama - Bahagian 2

Sebelum kita pegi lebih jauh, cuba kita lihat keadaan di Eropah sebelum meledaknya konflik gila ni. Jerman pada 1890an adalah satu kuasa besar eropah dan bolehlah juga dikatakan salah satu kuasa ekonomi dunia. Britain pula memang kuasa besar terutama kuasa laut. Perancis pula baru hendak berkembang semenjak kekalahan teruk ditawan Prussia (Jerman) pada 1870 dahulu dan sekarang sedang memperkukuhkan pertahanannya dan semangat ingin membalas dendam sentiasa membara.

Austro-Hungaria pula adalah sebuah empayar yg disegani di eropah. Jajahannya banyak di wilayah Balkan. Italy walaupun dikira 'low proflie' tapi ianya penting sebagai penampan. Kesultanan Uthmaniyyah (Ottoman), pula dikira sebagai kuasa besar walaupun kekuatannya semakin merudum (sampaikan ianya diberi gelaran org sakit eropah). Rusia dibawah Tsar Nicholas II juga dikira kuat jikalau dilihat dari segi saiz ketenteraannya. Kuasa-kuasa yg disebut di atas tu pula sesetengahnya mempunyai wilayah2 yg luas di luar Eropah. Imperial Jerman mempunyai jajahan ditengah-tengah Afrika dan juga pulau2 pasifik.

Britain pula, empayarnya kalau dari timur (New Zealand) hinggalah ke barat (Kanada dan pulau2 pasifik), matahari sentiasa terbit, perumpamaan betapa luasnya empayar Big Ben ini. Perancis walaupun telah dimalukan Prussia tapi ia telah bangkit dan kebanyakkan utara afrika seperti Algeria, Morocco serta Indo Cina dan pulau2 pasifik adalah jajahannya. Uthmaniyyah pula meliputi sebahagian Afrika utara, Semenenjung Arab termasuk Mekah dan Madinah, Anatolia dan sebahagian Balkan dan sedikit kawasan Caucassus, besar tu.

Jadi apabila berlaku peperangan diantara kuasa2 yg disebut di atas, sudah tentulah melarat sampai ka kawasan-kawasan empayar. Walaupun pertempuran 90 peratus berlaku di eropah, para pengkaji sejarah telah bersependapat ianya layak dipanggil PERANG DUNIA.
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32054

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1


Perang Dunia Pertama - Bahagian 3

Bagaimana perang boleh tercetus? Mula-mula kita kena tahu serba sedikit wilayah Serbia. Tahu di mana Serbia ini? Ingat semasa perang Bosnia pada tahun 1990an. Serbia ini adalah salah satu wilayah di dlm Yugoslavia. Bosnia-Herzegovina, Slovenia, Crotia, Montenegro,
Macedonia dan Kosovo itu dahulu semuanya di dalam Yugoslavia. Semuanya bersatu selepas perang dunia pertama inilah. Pada abad ke 14, Serbia ni telah dilanggar oleh Empayar Uthmaniyyah. Sebelum tu negara ni dibawah Empayar Kristian Byzantine. Setelah kejatuhan Konstantinople (ibu negara Byzantine), kesemua wilayahnya jatuh ke tangan Uthmaniyyah (kerana itulah mereka berdendam dengan umat Islam Bosnia) dan Serbia ni adalah penyokong tegar Kristian Orthodoks.

Kemudian sering berlaku peperangan antara Uthmaniyyah dgn kuasa Eropah lain iaitu Empayar Austro Hungaria. Pada abad ke 16, nyaris-nyaris Vienna (ibukota Austro-Hungaria) ditawan oleh Uthmaniyyah ni. Kalau tidak kerana Sultannya mangkat di Konstantinople (Istanbul), nescaya Empayar Austro Hungaria ni jatuh ke tangan Khalifah Uthmaniyyah ni.
Kemudian Kekuatan Uthmaniyyah ni beransur-ansur merosot. Austro-Hungaria kembali kuat. Dan setelah berlaku banyak pertempuran, wilayah Serbia ni dapat ditawan oleh Austro- Hungaria dgn bantuan gerila Serbia dari kekuasaan Uthmaniyyah. Dan pada 1849, Raja Austria menjadikan wilayah Serbia ni sebagai jajahannya.

Jadi..marahlah pejuang2 Serbia ni. Jadi bibit2 tak puashati dah mula menjalar. Kemudian, Austria ada buat perjanjian atau MoU dgn Uthmaniyyah, tujuannya cuma utk mengekang pengaruh Rusia sahaj. Sebab Rusia dan Serbia mempunyai pegangan Kristian yg sama iaitu.. Kristian Orthodoks. Dan bermulalah bermacam pertubuhan anti Austria dan salah satunya ialah The Black Hand. Dan pada Jun, 1914, Putera mahkota Austro Hungaria Franz Ferdinand bersama isternya telah melakukan lawatan ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina.

Semasa melakukan lawatan dgn menaiki kereta diRaja, Putera Mahkota ni dn isterinya telah ditembak berdas2 oleh salah seorang anggota The Black Hand,Gavrilo Princip, seorang Serbia. Dan akhirnya Franz Ferdinand dan isterinya terbunuh.. Cuba bayangkan apa akan berlaku?

Bersambung...
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32057

go on von..aku suka cite perang yang paling ramai mati ni..ratus2 ribu ni hahaha



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32058

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1
Syark The Ghost wrote:
go on von..aku suka cite perang yang paling ramai mati ni..ratus2 ribu ni hahaha


Darah darah, kita mau darrahh!!!! hahahaha....memang perang giler!!!

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32069

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1


Perang Dunia Pertama - Bahagian 4

Bahagian lepas mengenai pembunuhan Franz Ferdinand dan isterinya oleh pelampau Serbia. Gegak gempita kerajaan Austro-Hungaria dan wilayah Balkan. Apakan tidak, Austria sudah tentu geram dan orang Serbia pula sudah tentulah merasa terancam. Dan seperti yg dijangka, Austria mengugut dgn 12 syarat. Ada satu syarat sahaja Serbia tidak mampu tunaikan dan Austria yg sememangnya berdendam, terus isytiharkan perang ke atas Serbia.

Selepas ini, kita akan lihat, ianya seperti domino. Bila Rusia dengar rakan sebangsa (slav) dan seagama (orthodoks) dengannya diambang peperangan, mereka pula isytihar perang ke atas Austro-Hungaria. Domino sedang jatuh satu persatu. Kita lihat lagi kaitannya. Apabila Jerman mendengar Rusia berperang dengan Austro-Hungaria, Kaiser Wilhelm II takkan nak biarkan negara yg bahasanya sama dgn Jerman (Austria) nak diperangi Rusia.

Jadi Jerman pun isytiharkan perang ke atas Rusia. Walhal, Kaiser Wilhelm II dan Tsar Nicholas II adalah sepupu jauh. kemudian, Perancis dengar Jerman hendak menyerang Rusia, mereka pula isytiharkan perang ke atas Jerman sebab mereka ada MoU dgn Rusia (defense pack). Penuh dengan pengisytiharan perang. Belum habis lagi, Uthmaniyyah Turki pula yang telah termakan budi Jerman (Jerman ada beri dua kapal dreadnough untuk Turki bagi perkuat armada Uthmaniyyah di Laut Hitam).

Jadi ego kena jaga. Dan Turki pun isytihatkan perang kat atas negara2 yg dah isytihar perang ke atas Jerman. Ada satu kuasa besar dunia dan kuasa laut yg terhandal sekali pada masa tu iaitu Great Britain. Bagaimana pula pembabitan Big Ben ini? Bersambung...

Gambar tu menunjukkan pengisytiharan perang oleh Empayar Uthmaniyyah ke atas negara2 yg memerangi Jerman kat salah satu tempat di Turki.
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32071

  • kerianiers
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 434
  • Karma: 1
best2...citer perang dunia pertama ni yg agak menarik nak di ceritakan sebab ia tak sepopular WW2...

cuma nanti nak tau lebih lanjut lg tentang perang kaedah sistem perparitan ni..ni yg aku konpius sejak dulu lg..tentang sifat parit tu..adakah disemua negara yg berperang tu dibina parit-parit pertahanan??

dan adakah parit2 tu bersifat tetap..tu yg aku konpius..panjang mana pula parit dan napa mesti nak berperang cara begitu..harap Tuan Von boleh huraikan prinsip dan falsafah disebalik perang dalam kaedah perparitan ni dalam WW1..

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32076

parit ni dibina untuk memlindungi askar dari bedilan arteleri dan mesingan kan?



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32087

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1
Kalo mainpurpose dia seperti apa yg Syark cakap laa, tapi macam yg kamu kata tu la Kerianers, takda cara lain ke nak elak perang camni seperti menyusup mana2 ceruk ke nak elak perang depan berdepan camgini. Yg spesifiknya mmg tak tau laa tapi rasa2nya mmg dah tak ada jalan lain jugak kut, kalo nak masuk atau bertahan mmg kat point tu jugak yg lebih efisien kut, combination pesawat udara pun takde pastu tank pun dah hujung2 baru kluar...

Kat Britain dulu ramai wartawan2 kutuk General2 British ni, diorang siap kata askar2 British umpama kambing biri2 digembala oleh Kaldai memandangkan casualties yg begitu tinggi dikalangan askar british especially kat Gallipoli dan Somme, diorang suh cari taktik lain.....



Perang Dunia Pertama - Bahagian 5

Britain semasa revolusi industri dahulu, memang yang paling canggih dan temaju sekali dalam sektor ketenteraan dan ekonomi dunia. Pasaran ekonomi mereka memang luas, seluas empayarnya. Dan memang temaju sekali dan zaman kemuncaknya ialah pada era Ratu Victoria. Pada tahun 1900 Great Britain adalah yg terunggul sekali. Tetapi selepas 1900, ekonomi Britain dan Perancis mula merosot sedikit demi sedikit. Ini disebabkan Jerman telah muncul sebagai kuasa ekonomi dunia dan telah melangkau Britain dan France sebagai kuasa ekonomi nombor dua selepas Uncle Sam. Sebelum ini, Jerman menggunakan kapal-kapal British untuk berdagang. Kemudian Jerman membina 'fleet' sendiri.

Tidak cukup denagn itu, Jerman sedang membina kapal-kapal perang jenis dreadnough untuk menyaingi Britain sebagai kuasa laut tunggal. Dan barangan-barangan keluaran Jerman lebih bermutu utk pengeksportan. Jadi, perkara-oerkara inilah yang membuat Britain berasa cemburu. Bagaimana hendak menjatuhkan Jerman, perkara yang sentiasa difikirkan oleh ahli-ahli politik Britain. Dan, pintu terbuka luas, memandangkan kuasa besar lain, seperti Rusia, Perancis telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman, jadi Britain pun sama mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Italy?

Kita telah melihat kisah Italy semasa perang dunia kedua. Mula-mula pro Jerman, kemudian anti Jerman pula, masa perang yg ini pun lebihkurang begitu situasi Italy ini. Italy ini ada pack dgn Jerman dan Austro-Hungaria sejak tahun 1882 lagi dan pack tu dinamakan Triple Alliance. Tapi dlm diam-diam, Italy ada 'secret pack' dengan Perancis pada tahun 1902. Jadi Italy melihat arah peperangan, siapa kuat mereka sokong. Begitulah agak-agaknya. Masa perang bermula, Italy masih dalam Triple Alliance tapi pada 1915, pihak berikat telah menawarkan wilayah Alpine (south Tyrol) dan Dalmatian coast jika Italy dpt menundukkan Austria.

Jadi, Italy pun bertukar sokongan ke pihak berikat pula. Amerika? Uncle Sam ni kalau boleh mereka tidak mahu campurtangan perang di eropah. Tapi keadaan memaksa, sebuah kapal penumpang British iaitu Luisitania telah ditorpedo oleh kapal selam Jerman dan 128 penumpang terbunuh termasuk rakyat Amerika. Dan pada 1917 United States of America pula mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Cuba perhatikan, puncanya hanya antara Austria dan Serbia, tapi melarat2 sampai berjuta kehilangan nyawa.

Bersambung...
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32094

  • DBR
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1766
  • Karma: 1
Perang parit WW1 ni tertumpu di Western Front, frontline di France dan Belgium. Sepanjang frontline ini parti digali.

Ianya terhasil kerana pasukan tentera kedua2 pihak dah tak boleh manuver lagi. Stalemate.
Nak gerak ke depan dah tak boleh, kerana pertahanan masing2 terlalu kuat. Nak berundur tak mahu. Nak gerak ke utara, dibatasi oleh North Sea. Nak gerak di selatan dibatasi pergunungan Alps dan sempadan Swiss (yang neutral). Dan bila tak gerak, kena bedil.

Maka penyelesaiannya ialah GALI DALAM-DALAM.
Last Edit: 1 year, 7 months ago by DBR.
The following user(s) said Thank You: kerianiers

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32095

  • DBR
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1766
  • Karma: 1
Diagram sistem parit, saya petik dari internet



Panjang frontline ialah 600km, dan sepanjang frontline parit digali. Biasanya ada 3 baris parit yang digali. Setiap parit akan dipertahankan dengan pasukan sendiri.

Jadi contohnya katakan satu rejimen yang ada 3 battalion. Battalion pertama akan defend parit yang paling depan (A). Battalion kedua parit kedua (. Dan battalion ke tiga parit ketiga (C). Artileri akan berada di belakang parit ketiga.

Jarak antara satu parit biasanya puluhan atau ratusan meter.
Last Edit: 1 year, 7 months ago by DBR.
The following user(s) said Thank You: kerianiers

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32096

  • kerianiers
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 434
  • Karma: 1
timakasih DBR atas info..yes, ni yg aku nak paham ttg parit2 dalam ww1...so, segala pertempuran yg melibatkan parit mesti berlaku di sepanjang frontline tu la yer..

jadi pertempuran2 yg tak melibatkan parit berlaku sebelum kedua-dua pasukan tersekat atas faktor2 yg DBR kata tu, sebab dah tak boleh nak mara ke depan or berundur lagi..camtu?

sebenarnya kekeliruan aku ni timbul sebab hampir 99% filem2 mengenai perang dunia pertama yg dihasilkan mestui situasi/babak di parit,pertempuran parit, segalanya parit..sampai aku tertanya-tanya apa? dah takda pertempuran lain ke mcm kat bukit ke, dalam kampung ke, tepi pantai ke..

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32097

  • DBR
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1766
  • Karma: 1
Di western Front, bukanlah start perang semua askar terus gali parit. Awal2 banyak pergerakan. German berjaya tawan banyak juga kawasan. Cuma bila pergerakan terhenti, parit mula digali. Sampailah sepanjang frontline 600km tu ada berlapis parit. Juga ingat, ni zaman perang tentera kerahan. Kedua2 pihak ada askar rakyat berjuta yang boleh dkerahkan mempertahankan sistem pertahanan parit ini.

Fenomena parit ini lebih tertumpu kat Western Front. Di tempat2 lain PD1, lebih banyak peperangan manuver.

Filem boleh tengok Lawrence of Arabia, perang padang pasir semasa PD1.
Last Edit: 1 year, 7 months ago by DBR.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 7 months ago #32156

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1


Perang Dunia Pertama - Bahagian 6

Pada 1914, semua kuasa besar Eropah terbabit dalam 'the winds of war'. Semua pihak terbabit telah menggerakkan mobiliti tentera masing-masing. Semasa masing-masing sibuk membuat perancangan perang, kedengaran pihak Jerman telah menyerang kerajaan Belgium yg neutral. Luxembourg yg kecil pun kena jajah oleh Jerman. Kerana apa? Kerana buat laluan untuk masuk ke Perancis. Dan pada masa yg sama pihak Austro-Hungaria pula telah menyerang Serbia (memang ini yg dinanti-nantikankan mereka, misi membalas dendam). Tidak lama kemudian Rusia pula menyerang wilayah Prussia dalam negara Jerman. Yaa, perang besar telah bermula.

Sekarang kita fokus di 'western front' dulu. Jerman menggunakan taktik 'Schlieffen Plan' iaitu masuk melalui Belgium dan menawan Paris dengan kadar segera. Pertempuran pertama antara Jerman dan Perancis dinamakan 'The Battle of Frontiers'. Ia meliputi daerah Lorraine, Ardennes dan selatan Belgium. Tentera Jerman yg berjumlah sekitar 1.3 juta orang melawan 1.25 juta tentera Perancis. British Expeditionary Forces (BeF)pun ada juga dalam perang dunia ini. BeF ini ada 70 ribu anggota untuk menyokong Perancis. Jerman diketuai oleh Helmuth von Moltke manakala berikat oleh Joseph Joffre (Perancis) dan Sir John French (British). Imperial Jerman berjaya menawan Alsace tetaepi pada 7 Ogos 1914, Perancis berjaya mendapatkan kembali daerah itu dengan menawan Mulhouse dan Colmar. Bergembira penduduk Perancis terutama di Paris kerana kemenangan tentera mereka,tapi tak lama....

Von Moltke menggunakan tektik serangan berterusan dan mengakibatkan beribu tentera terbunuh. Tentera Perancis terpaksa berundur. Jerman terus mengasak dan hanya lebihkurang tinggal 100 km sahaja ke Paris. Tiba-tiba Jerman berhenti menyerang. Ini adalah kerana berita serangan Rusia ke atas wilayah Jerman di 'eastern front' pula. Dan 'western front' menjadi statik. Dan bermulalah pembinaan parit2 pelindung di kedua2 belah pihak. Jerman sekarang berada dalam dua 'front east and west' dan Jerman terpaksa fokus dengan teliti di kedua2 front dan sebab itu, serangan ke atas Paris ditangguhkan. Bagi pihak Perancis ianya adalah satu kelegaan dan mereka mempunyai masa untuk bertindak dgn lebih efektif lagi. Jerman mempunyai 2 jeneral terbaik mereka iaitu Hindenburg dan Ludendorf utk mengajar Rusia dan Austro Hungaria pun sudah bersedia utk sama2 menghalau Rusia yg telah mula memasuki wilayah Jerman.

Bersambung...
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.

Re: Perang Dunia Pertama 1 year, 6 months ago #32577

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1


Perang Dunia Pertama - Bahagian 7

Tentera Jerman dan berikat terikat dalam perang parit dlm wilayah Perancis. Kemudian Rusia pula melakukan serangan ke timur Jerman dan Jerman terpaksa berhadapan dgn dua 'front'. Rusia diketuai oleh dua ketumbukan, yang pertamanya ialah Jeneral Alexander Samsonov dan keduanya ialah Paul von Rennenkampf (nama beliau berbau Jerman). Kekuatan kedua2 ketumbukan ni ialah 316,000 askar. Kekuatan Jerman pula ialah seramai 166,000 diketuai oleh Hindenburg dan Ludendorf. Pada mulanya Jeneral Samsonov berjaya menekan Jerman di beberapa tempat, sehinggakan beberapa ketumbukan Jerman terpaksa berundur.

Tapi lama kelamaan bekalan Rusia semakin merosot kerana keretapi pengangkut tidak berupaya memenuhi keperluan barisan depan mereka kerana jaringan landasan dan gerabak2 serta enjin yg uzur. Berlainan pula dgn kedudukan saluran bekalan Jerman, semakin lama semakin banyak bekalannya dan ini membolehkan tentera Jerman bangkit walaupun kekuatan jumlah tenteranya jauh ketinggalan. Hindenburg dan Ludendorf mara dan mengepung tentera Rusia, dan menjelang 30 Ogos 1914, 92,000 tentera Russia telah menjadi 'POW', 78,000 terbunuh manakala Jerman pula jumlah kematian dan kecederaan ialah 20,000 org. Jerman juga telah berjaya merampas 500 senjata berat Rusia.

Ini adalah malapetaka bagi pihak Rusia, Samsonov telah membunuh diri kerana tidak rela dirinya tercemar di depan Tsar Nicholas II. Kemudian Hindenburg dan Ludendorf fokus pula ke arah 'Russian 1st Army' yg dipimpin Von Rannemkampf di Tasik Masurian dan pertempuran tersebut lebh dikenali sebagai the 'Battle of Lake Masurian'. Pertempuran ni amat berat sebelah dan Rusia akhirnya tewas teruk (pada ketika ini ada askar Rusia yg tiada senjata-bekalan amat teruk) dan selepas pertempuran ini, tidak ada seorang pun askar Rusia yg berani memasuki wilayah Jerman sehinggalah pada akhir perang dunia kedua.

Ketua negara Imperial Jerman dgn Tsar Kingdom ni, Kaiser Wilhelm (William) II dan Tsar Nicholas II ini ada kena mengena salasilah keluarga. Mereka mempunyai nenek saudara di sebuah lagi empayar hebat eropah? Nenek atau nenek saudara mereka berdua ni ialah Queen Victoria dari empayar British. Jeneral Hindenburg dan Ludendorf telah menjadi wira Jerman dan keduanya bolehlah fokus ke barat kembali dan Perancis? Perancis perlu bersedia dengan situasi terbaru perang ini.

Gambar tu menunjukkan uniform Russian Imperial Army dalam pelbagai unit 1914-1918.
Last Edit: 7 months, 2 weeks ago by von_trapp.
Time to create page: 2.06 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.