Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Sejarah Pangkat Tentera
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1
  • 2

TOPIC: Sejarah Pangkat Tentera

Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #607

  • mejarbee
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • TALLY HO!!!
  • Posts: 149
  • Karma: 0
Berikut adalah sistem logik dan bagaimana sistem pangkat telah berkembang secara sejarah. Tiga kategori besar peringkat pangkat adalah Pegawai Bendera Tentera Laut (Flag Officer) pangkat Jeneral, pangkat Marsyal Udara, pangkat Komander dan pangkat asas pegawai. Pangkat pegawai yg mula-mula ujud dlm tentera adalah Jeneral, Laksamana dan Kapten sahaja... untuk lain-lain pangkat akan dibincang asing...

Pangkat Jeneral dan Laksamana adalah cukup jelas, Jeneral memerintah ketumbukan besar tentera dan Laksamana memerintah sekumpulan armada kapal. Laksamana yang dikatakan memiliki "Flag" adalah taraf yg boleh mengkibarkan bendera khas. Sebuah kapal yg membawa Laksamana akan mengkibarkan bendera nya dan kapal itu dinamakan "Flag Ship" (dalam BM pelik bunyinya Kapal Bendera) Sistem Laksamana dan "Flag" adalah ciptaan Tentera Laut Diraja British, dan perkataan "Admiral" itu adalah dari bahasa Arab, Amiru-lbah.r, yang bermaksud "Pemerintah di laut."

Panggilan "leftenan/Leutenant," adalah istilah yang pertama di temui dalam panggilan pangkat "Leftenan Jeneral (Leutenant General)", ia menjadi cukup jelas semasa pemeriksaan: "Lieu" adalah "tempat" (latin = Locus) sebagai pengganti yang diambil dari ayat "in-lieu of" dan "tenant" Latin=Tenere, "To hold" atau "memegang", Jadi Leutenan/leftenan adalah "holds the place" (latin=locum tenens) bermaksudkan "memegang tempat" kepada pegawai atasannye seperti Leftenan "memegang tempat" untuk Kapten.

Kapten (Captain) adalah "kepala" (Latin caput) kepada unit asas tentera. Kerana unit asas angkatan laut adalah kapal maka Kapten kapal adalah pangkat tertinggi untuk sebuah kapal walaupun sebesar manapun kapal itu. berbeza pula dgn angkatan darat. Apabila unit asas tempur "Kompeni" di telan oleh Batalion dan Regimen, ia di perintah oleh Kolonel. Perkataan "Colonel" ni tidak pasti keujudan nya. Di Itali, colonnello, "Kolum kecil." Dalam bahasa Latin "columnellus". Mungkin dapat kita membayangkan Kolonel memerintah beberapa kolum kecil kompeni-kompeni yg di perintah oleh Kapten. Kolonel dan Kapten Laut memiliki Pangkat Perintah (Command Rank) apabila unit asas menjadi besar.

Apabila unit-unit kecil kompeni dibawah perintah Kapten menjadi terlalu banyak, maka usaha pengawalan diujudkan dan pangkat Mejar (Major) diujudkan. Perkataan Major adalah bermaksud besar "maior" dalam bahasa latin.


Tunggu sambungan dilain keluaran plak...

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #628

  • jimio
  • OFFLINE
  • PRIVATE 2
  • Posts: 213
  • Karma: 0
tuan Mejarbee patik rasa elok dok dalam Hari Ini Dalam Sejarah kot pasal ia berteraskan fakta sejarah yang boleh disahihkan, pasai kalau dok kat sini mcm 50 50 plak, mohon ampun patik yang mencadangkan dari buah fikiran yang x seberapa nih...

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #632

  • mejarbee
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • TALLY HO!!!
  • Posts: 149
  • Karma: 0
hmmm... nanti wa kasi tau admin pindahkan ke Hari ni dalam Sejarah

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #636

LAgi besi buat cerita mengenai pangkat2 dalam Navy/ Airforce...

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #639

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1804
  • Karma: 2
Fuhh..mejar, baru tahu mcm tu la rupenye kisah bab2 ranking dlm tentera..tak pernah terlintas pun dlm pikiran saya ni..hihihi..teruskan mejar..i followwwww...

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #671

  • mejarbee
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • TALLY HO!!!
  • Posts: 149
  • Karma: 0
Sabaq no... editor tengah cari ide nk sambung citer

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #674

  • von_trapp
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 726
  • Karma: 1
Okay ni Major...boleh dpt maklumat asal usul nih....

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #751

  • jimio
  • OFFLINE
  • PRIVATE 2
  • Posts: 213
  • Karma: 0
mejarbee wrote:
Sabaq no... editor tengah cari ide nk sambung citer


Hahahha den pon dok cari kitab military custom and tradition ni x jumpa2 dalam kotak mana hahaa

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #755

  • mejarbee
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • TALLY HO!!!
  • Posts: 149
  • Karma: 0
jimio wrote:
mejarbee wrote:
Sabaq no... editor tengah cari ide nk sambung citer


Hahahha den pon dok cari kitab military custom and tradition ni x jumpa2 dalam kotak mana hahaa


jangan cari dalam kotak kasut sudah....

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #764

  • shepherd
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 447
  • Karma: 0
Tuan Mejar, kalau boleh upload la gambar rank tu sekali...senang nak kenal pangkat2 tentera ni...

Re: Sejarah Pangkat Tentera 3 years, 2 months ago #786

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3961
  • Karma: 3
Terbaik la mejar.. jangan lupa untuk ceritakan pangkat dalam air force yang diguna pakai oleh kebanyakkan negara komenwel.

Re: Sejarah Pangkat Tentera 2 years, 11 months ago #8943

  • kerianiers
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 434
  • Karma: 1
sebut pasal bendera, teringat Perang Saudara ( Civil War ) Amerika diantara tentera persekutuan dan konfederasi atau bahasa mudah tentera utara dan selatan...berlaku di hujung abad ke -18....masa tu general2 yg ada dalam divisyen tentera tu akan menunggang kuda dan ada pemegang bendera ikut bersama dalam kumpulan berkuda general tu, dari jauh dah tau dah general mana dah sampai berdasarkan bendera yg mengikutnya..

Re: Sejarah Pangkat Tentera 2 years, 11 months ago #8946

  • gunnerz
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 95
  • Karma: 0
kerianiers wrote:
sebut pasal bendera, teringat Perang Saudara ( Civil War ) Amerika diantara tentera persekutuan dan konfederasi atau bahasa mudah tentera utara dan selatan...berlaku di hujung abad ke -18....masa tu general2 yg ada dalam divisyen tentera tu akan menunggang kuda dan ada pemegang bendera ikut bersama dalam kumpulan berkuda general tu, dari jauh dah tau dah general mana dah sampai berdasarkan bendera yg mengikutnya..


yang bendera itulah panji2...
dulu2 panji2 dibawa berperang sebagai lambang kemegahan dan pengenalan dr ketrumbukan mana dtgnya bala tentera tersebut...pembawanya mestilah memastikan panji2 tidak jatuh ke tanah dan dihormati walaupun nyawanya pergi dahulu...
perang moden kita tak bw dah...tp digunakan dlm acara2 rasmi perbarisan dan adat istiadat tertentu...dikurniakan oleh SPB YDP Agong..sebab itulah ia dimuliakan dan dijaga dengan penuh tertib.
The following user(s) said Thank You: Syark The Ghost

Re: Sejarah Pangkat Tentera 2 years, 11 months ago #9094

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3961
  • Karma: 3
gunnerz wrote:

yang bendera itulah panji2...
dulu2 panji2 dibawa berperang sebagai lambang kemegahan dan pengenalan dr ketrumbukan mana dtgnya bala tentera tersebut...pembawanya mestilah memastikan panji2 tidak jatuh ke tanah dan dihormati walaupun nyawanya pergi dahulu...
perang moden kita tak bw dah...tp digunakan dlm acara2 rasmi perbarisan dan adat istiadat tertentu...dikurniakan oleh SPB YDP Agong..sebab itulah ia dimuliakan dan dijaga dengan penuh tertib.


Betul 2.. dlu ingat lagi kisah seorang sahabat yang mana mempertahankan panji2 dari jatuh.

Re: Sejarah Pangkat Tentera 2 years, 8 months ago #13983

  • msy300177
  • OFFLINE
  • PRIVATE 2
  • Posts: 294
  • Karma: 1
Mengenai pangkat tentera udara. Terutama TUDM kita ni, dipanggil berdasarkan pangkat tentera darat. membezakannya ialah rupa pangkat dan tambahan TUDM dihujung seperti Lt TUDM, Kapt TUDM. Berbeza pula pangkat LLP. Ia disesuaikan sebagai pengenalan kepada Tentera Udara bermula sebagai Laskar Udara II/I (Prebet), Laskar Udara Kanan (LKpl), koperal Udara, Sarjan Udara, Flait Sarjan dan pegawai Waran Udara.
Tetapi jika pangkat TUDM sebelum tahun 1980an ni. Ia berbeza. Ia mengikut panggilan pangkat RAF. Panggilan pangkat RAF ini lebih kepada penyesuaian dan ubahsuaian dari panggilan pangkat RN.
  • Page:
  • 1
  • 2
Time to create page: 0.81 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.