Welcome, Guest
Username Password: Remember me

SEMPORNA MUNDU
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: SEMPORNA MUNDU

SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32116

  • crt991
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 83
  • Karma: 1
kalau dah ada..MOD delete jer...

CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan.” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.
“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.

Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32118

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2244
  • Karma: 3
tahun 1954 tu gilak..

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32119

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2244
  • Karma: 3
tapi gayanya mcm bukan kena overun pasal kehabisan peluru.. mungkin sebab musuh lebih ramai dari diorang.. sebab lanun tu masih boleh selongkar bilik peluru dan rampas peluru2

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32120

lanun dari indon ke filipina ke? ke lanun tempatan ek?



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32121

  • crt991
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 83
  • Karma: 1
X dapat dipastikan.....

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32122

  • crt991
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 83
  • Karma: 1
PINGAT KEBERANIAN HANDAL UNTUK SARJAN HASSAN:

TRIVIA:Polis pertama dikurnia Pingat Keberanian Handal.
Sarjan Hassan Bin Awang, polis pertama dikurniakan Pingat Keberanian Handal oleh DYMM Raja Perlis pada Januari 1978.Pingat tersebut dikurniakan di atas keberaniannya menangkap seorang lelaki bersenjata dan berjaya merampas sepucuk pistol dan peluru dalam kejadian tembak-menembak di Kg Serdang, Simpang Ampat, Perlis pada April 1976.

Sumber: Berita Bukit Aman 1978.


Ikuti kisah disebalik pengurniaan pingat tersebut kepada Sarjan Hassan yang dipetik dari majalah Berita Bukit Aman 1978.

Pertemuan dengan Encik Hassan bin Awang, Sarjan 9139, berlangsung di celah-celah kesibukan tugas hariannya sebagai Ketua Polis Balai Simpang Ampat, Perlis. Dan yang menarik perhatian saya, baginya kesibukan ialah sesuatu yang menggembirakan.
Sarjan Hassan memasuki perkhidmatan polis pada 28 April, 1947. Barangkali suasana tahun 1947 itulah yang mengajar beliau menerima kesibukan sebagai sesuatu yang menggembirakan dalam hidupnya, hingga mencapai beberapa kejayaan sepanjang perkhidmatannya setakat ini.

Sempena hari ulangtahun keputeraan DYMM Raja Perlis yang ke 60 pada 11 Januari, 1978, Sarjan Hassan bin Awang telah dikurniakan Pingat Keberanian Handal ( Gallantry Medal) oleh Baginda.
Beliau adalah pegawai Polis yang pertama dikurniakan pingat tersebut atas keberaniannya menangkap seorang lelaki bersenjata, berjaya merampas sepucuk pistol dan peluru dalam satu drama tembak-menembak di Kampung Serdang, Simpang Empat dalam bulan April, 1976.
Beliau juga telah dikurniakan Pingkat Jasa Baik (PJB) oleh Kerajaan Pelis dalam tahun 1973 dan surat-surat Penghargaan Ketua Polis Kedah/Perlis pada 18 Disember 1973 dan 7 Februari 1976.
Sarjan Hassan mempunyai isteri dan lima orang anak (3 lelaki 2 perempuan). Salah seorang anak lelakinya Rusli, kini sedang menuntut dalam tahun kedua di North Devon College, England, dalam jurusan Jurutera Elektrik.

Dan untuk mengikuti peristiwa penting yang mendebarkan itu, saya membawa anda dalam Flashback kisah dan peristiwa yang berlaku:-
Pada jam 2.30 petang 19 April 76. Bermula dari Balai Polis Simpang Ampat ke Kampung Serdang.
Maklumat: Bahawa seorang lelaki yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam Repot No.297/76 samun bersenjata, sekarang berada di Kampung Serdang.

PUCUK DICITA
Pucuk dicita ulam mendatang, yang ditunggu sudahpun tiba; Sarjan Hassan melunjak bangun dari kerusinya segera memanggil anggota-anggota terdiri dari Konst. 1885 Saad, Konst.2693 Din dan Konst. 19351 Syed Din.
Beberapa minit kemudian kelihatan sebuah kereta yang dipandu sendiri oleh Sarjan Hassan meluncur laju di Jalan Tengku Badariah yang lurus melalui kawasan sawah dan deretan kampung di sebelah kanan.
Sekali-sekala dia terpaksa mengangkat tangan dari celah tingkap kereta membalas lambaian beberapa orang petani yang ditembungi sepanjang perjalanan itu.
Air yang menepu tebing sungai (taliair) di sebelah kiri jalan berkocak lembut dan tenang, setenang fikirannya yang ketika itu memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil bila berdepan dengan penjenayah bersenjata itu nanti.

Kemudian kereta dibelok ke kanan menempuh sebatang jalan kecil. Had laju terpaksa dikurangkan hingga ke paras 20 batu sejam, kerana jalan itu tidak saja sempit tapi ramai orang bertali arus sepanjang jalan.
“Yang paling mustahak, jaga keselamatan diri”, Sarjan Hassan mengingatkan anggota-anggota yang sejak pagi membisu seribu bahasa. Tentu saja mereka juga dibawa arus fikiran masing-masing.

ADA SENJATA
“Saya percaya orang itu ada senjata” katanya lagi dengan wajah serius. Serentak itu dia memberhentikan keretanya di tepi jalan di celah dua buah kedai.
Beberapa orang sedang minum di situ menumpu perhatian ke arah pasukan Sarjan Hassan, Barangkali Tuk Hassan nak tangkap orang main judi, mungkin ada samun lagi, mungkin ada padi kena kebas. Pertanyaan itu menari dalam kepala setiap orang di situ.
Tapi langkah Sarjan Hassan dan anggota-anggotanya terus menapak melalui batas bendang yang lembab. Di hadapan mereka dalam jarak 600 ela arah timur terteguh dua kampung kecil mengapit jalan kecil itu.
“Kita tak jauh lagi, kata Sarjan Hassan.”
Langit cerah. Matahari memancar sinar petang yang penuh tanda tanya. Jauh di tengah petak air menepu, terdengar suara pak tani menghalau kerbau. Beberapa ekor katak berkeluncatan terus ke air bila terdengar redahan langkah manusia.
Ketenangan Kampang Serdang terburai. Segera menjadi gempar apabila seorang lelaki berbadan sasa melepas satu tembakan ke arah pasukan Sarjan Hassan.

“Cover!” perintah Sarjan Hassan yang terasa sedikit gugup bila tiba-tiba saja mereka diserang. Setiap badan terbenam di air kemudian merangkak perlahan-perlahan ke depan.
Beberapa tembakan lagi dilepaskan ke arah pasukan Sarjan Hassan. Sarjan Hassan dan angota-anggotanya membalas sambil maju ke depan. Tapi tembakan itu di arah ke udara bimbangkan keselamatan nyawa yang tidak berdosa.
“Lebih baik awak serah diri! !” laung Sarjan Hassan.
“Kami Polis!” celah seorang anggota.
“Kalau berani masuklah!”, balas lelaki itu sambil merentap tangan seorang budak perempuan ke depan dan lelaki itu berlindung di sebalik budak yang tak mengerti hujung pangkal.
Suasana di celah dua kampung kecil bertambah tegang dan gempar. Orang-orang kampung kian ramai, mereka hanya terpegun menyaksikan perjuangan sengit yang sedang berlaku di depan mereka.

BERUNDUR
Dengan berselindung lelaki itu berundur setapak demi setapak menyeberang kampung kecil sebelah kanan. Budak perempuan itu menangis ketakutan, budak itu ditolaknya kemudian direntap pula tangan seorang perempuan tua sebagai perlindungan.
“Lebih baik menyerah!” laung Sarjan Hassan.
“Tidakkk! !” balas lelaki itu sambil melepas beberapa tembakan. Setiap tembakan menjadi perhitungan Sarjan Hassan.
Kini dia sedang memikirkan satu tindakan segera perlu diambil untuk menyelamat nyawa perempuan tua yang sentiasa merunta-runta dalam pelukan lelaki ganas itu.
Untuk mengumpan, Sarjan Hasaan melepaskan satu tembakan ke udara. Lelaki itu kelihatan hendak membalas, tapi sayang, pistol ditangannya kehabisan peluru.
Ketika ini bagaikan kilat, pasukan Sarjan Hassan dengan dibantu oleh Salleh yang sejak tadi berada bersama mereka segera meluru ke arah lelaki itu.
Pergelutan sengit berlaku di tepi sebuah telaga dan pokok-pokok mengkuang. Akhirnya lelaki itu dapat diberkas. Pistol di tangannya dirampas bersama beberapa butir peluru yang ditemui dalam saku seluarnya.
Kampung Serdang menempah sejarahnya tersendiri, apabila anak muda berusia 25 tahun, yang lahir dan dibesarkan di kampung itu telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tengah Kangar pada 29 Mac, 1977 sabit kesalahannya di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 392 dan 397.

BERBANGGA
Namun Kampung Serdang boleh pula berbangga dengan tauladan yang ditunjuk oleh Encik Salleh bin Seman, 45 tahun, bila beliau turut bersabung nyawa membantu pasukan Sarjan Hassan memberkas penjenayah itu.
Ketika ditinjau, beliau berkata, bahawa tindakannya itu dilakukan atas kesedaran dan rasa tanggungjawab demi keamanan Kampung Serdang.
Sementara Sarjan Hasaan pula menjelaskan bahawa kurniaan yang diterima itu adalah satu penghormatan bukan saja untuk dirinya tapi juga untuk anggota-anggota yang terlibat dan juga untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Beliau berharap pihak berkenaan akan memberi perhatiaan yang wajar kepada ketiga-tiga anggotanya juga kepada Encik Salleh.
“Tanpa mereka”, katanya. “sudah pasti tugas itu tidak dapat dilakukan dengan sepenuh kejayaan”.
Sesungguhnya Sarjan Hassan dan pasukannya telah membuktikan kesempurnaan tugas yang dipertanggungjawapkan dengan berani dan tabah sesuai dengan semangat berkhidmat dengan penuh disiplin.
Last Edit: 4 months, 1 week ago by crt991.

Re: SEMPORNA MUNDU 4 months, 1 week ago #32142

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2244
  • Karma: 3
dah meninggal agaknya kan.

Re: SEMPORNA MUNDU 1 month, 3 weeks ago #36196

  • amat
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 8
  • Karma: 0
dari pngalaman sy yg dibesarkan disabah.. rasanya mundu2 dr pilipin ni

Re: SEMPORNA MUNDU 1 month, 3 weeks ago #36239

Once a pirate, always a pirate. Agaknya ada keturunan lanun yang mengganas di Semporna tempoh hari. Bapak dia kata polis Malaysia tak melawan masa tahun 80-an. Silap besar datang tahun 2013 nak ulang tunjuk terer...kali ni siap lanun yang kena buru dengan ATM dan PDRM. Puas hati Polis balas balik apa yg diorang buat tahun 80 an dulu.
Last Edit: 1 month, 3 weeks ago by Blitzkrieg.

Re: SEMPORNA MUNDU 1 month, 3 weeks ago #36258

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2244
  • Karma: 3
Blitzkrieg wrote:
Once a pirate, always a pirate. Agaknya ada keturunan lanun yang mengganas di Semporna tempoh hari. Bapak dia kata polis Malaysia tak melawan masa tahun 80-an. Silap besar datang tahun 2013 nak ulang tunjuk terer...kali ni siap lanun yang kena buru dengan ATM dan PDRM. Puas hati Polis balas balik apa yg diorang buat tahun 80 an dulu.


kali ni kita tibai sampai takde napas

Re: SEMPORNA MUNDU 1 month, 3 weeks ago #36264

  • amat
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 8
  • Karma: 0
cari sampai dalam lubang cacing!!
  • Page:
  • 1
Moderators: mejarbee
Time to create page: 0.70 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.