Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: Pingat Perkhidmatan Am (PPA)

Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5224

  • MS Hass
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 14
  • Karma: 0
BERIKUT MERUPAKAN ARTIKEL KARANGAN AKU BERKENAAN HAL INI.MOHON KOMEN KAWAN-KAWAN DALAM FORUM NI.

Alhamdulillah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah berusia 138 tahun.

Bermula dengan penyatuan perkhidmatan Bomba pada tahun 1976,

bertukar nama dari Jabatan Perkhidmatan Bomba ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada tahun 1997,jabatan ini terus berdiri megah sebagai agensi penyelamat utama negara ini.

Bermula dengan penukaran nama itu, dari sebuah jabatan yang hanya dikenali dengan tugasan memadam kebakaran, jabatan telah

dinaik tarafkan kan dengan pelbagai aset untuk penugasan penyelamatan seperti menyelamat tempat tinggi,mencari dan menyelamat (SAR)

,penyelamatan di air, penyelamatan udara dan lain - lain lagi.

Tidak ketinggalan pasukan - pasukan khas JBPM telah mula ditubuhkan.Antaranya Pasukan Penyelamat di air (PPDA) yang turut di anggotai oleh penyelam yang berkemampuan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di dalam air,pasukan Hazmat yang ditubuhkan selepas insiden kebakaran kilang Bright Sparklers di Sungai Buluh pada tahun 1993 berupaya menangani insiden - insiden melibatkan bahan - bahan berbahaya dan ancaman pengganas, pasukan Multi-Skill Team (MUST) yang berkebolehan menjalankan penugasan operasi mencari dan menyelamat di dalam hutan dan juga operasi penyelamatan udara.Pasukan medik (EMRS) juga mampu menghulurkan bantuan perubatan kecemasan permulaan di tempat insiden.Penubuhan Unit Udara Bomba Dan Penyelamat pada tahun 1998 jugak merupakan perkembangan baru di Jabatan sekaligus melancarkan lagioperasi mencari dan menyelamat udara menggunakan pesawat.Pasukan Payung Terjun (Smokejumpers) juga dilatih khas di dalam operasi kebakaran hutan.Turut tidak ketinggalan unit - unit lain yang seperti unit pengesan (K9), unit bermotosikal (RIM) dan lain - lain lagi.Walaupun elaun yang diterima dirasakan tidak setimpal dengan risiko yang di tanggung dan hanya sebilangan dibayar elaun, jabatan ini tetap tetap melaksanakan tugasan tanpa sebarang keraguan.

Di bawah Majlis Keselamatan Negara, JBPM merupakan agensi penyelamat utama sekiranya berlaku insiden di darat.Di dalam Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) JBPM juga merupakan antara agensi yang terlibat selain dari Polis dan Tentera.

Di dalam misi - misi bantuan antarabangsa, JBPM ini tidak kurang peranannya.Bermula dengan bantuan operasi pemadaman kebakaran hutan di Indonesia pada tahun 1997.

Jabatan terus menyumbang bakti di dalam bantuan seperti bantuan bencana tsunami di Acheh dan juga kebakaran hutan di Riau.

Di dalam pembangunan negara, JBPM ini turut tidak ketinggalan untuk menyumbang.Mengganggotai Jawatankuasa OSC (One Stop Centre ) Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensi sokongan teknikal.Peranan jabatan ini dalam menasihati PBT terutamanya dalam aspek keselamatan kebakaran projek - projek pembangunan yang akan dijalankan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Di dalam soal keselamatan negara pula, JBPM ini sudah mula disenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Sasaran Penting di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga turut menyumbang di dalam aspek pelancongan yang mana juga disenaraikan sebagai Panel Jawatankuasa Pengkelasan Hotel- Hotel.

Malangnya melalui semua sumbangan ini, penghargaan kepada jabatan ini terutamanya kepada pegawai dan anggotanya begitu hambar.Jarang sekali kedengaran

pengurniaan darjah - darjah kebesaran kepada pegawai dan anggota JBPM.

Melalui surat ini, saya mengesyorkan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) yang tertakluk di bawah Kementerian Pertahanan dianugerahkan kepada semua pegawai dan anggota Jabatan ini.Pingat yang menjadi asas pasukan beruniform lain seperti Polis dan Tentera sepatutnya turut di anugerahkan kepada pegawai dan anggota JBPM ini sebagai mengiktiraf sumbangan kami kepada negara.Apa kurangnya kami tidak layak dianugerahkan pingat ini? Adakah pingat ini hanya tertakluk kepada agensi Diraja Sahaja? Sedangkan ada agensi bukan Diraja lain turut dianugerahkan pingat ini dan ada Agensi bertaraf Diraja turut tidak dianugerahkan pingat ini.

Atau adakah pengurniaannya tertakluk kepada agensi bersenjata sahaja.Sedangkan peranan dan fungsi JBPM juga penting setanding dengan Polis dan Tentera terutamanya dalam aspek penyelamatan.

Mohon pihak - pihak berkenaan menilai, menyemak dan meneliti pengesyoran ini

Yang Ikhlas,

Pegawai Muda

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5232

  • KUK
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2354
  • Karma: 2
Ini lebih kurang sama dengan kes pingat PTU yang masih tiada penyelesaian sehingga ke hari ini padahal tarafnya lebih kurang sama macam PGB. Inilah Malaysiaku

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5242

  • MS Hass
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 14
  • Karma: 0
Terima kasih KUK atas komen tu.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5249

  • jebat2000
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Ceria Selalu
  • Posts: 51
  • Karma: 0
MS Hass wrote:

Melalui surat ini, saya mengesyorkan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) yang tertakluk di bawah Kementerian Pertahanan dianugerahkan kepada semua pegawai dan anggota Jabatan ini.Pingat yang menjadi asas pasukan beruniform lain seperti Polis dan Tentera sepatutnya turut di anugerahkan kepada pegawai dan anggota JBPM ini sebagai mengiktiraf sumbangan kami kepada negara.Apa kurangnya kami tidak layak dianugerahkan pingat ini? Adakah pingat ini hanya tertakluk kepada agensi Diraja Sahaja? Sedangkan ada agensi bukan Diraja lain turut dianugerahkan pingat ini dan ada Agensi bertaraf Diraja turut tidak dianugerahkan pingat ini.

Atau adakah pengurniaannya tertakluk kepada agensi bersenjata sahaja.Sedangkan peranan dan fungsi JBPM juga penting setanding dengan Polis dan Tentera terutamanya dalam aspek penyelamatan.

Mohon pihak - pihak berkenaan menilai, menyemak dan meneliti pengesyoran ini

Saya syorkan saudara hantar surat ini ke penerbitan majalah perajurit untuk disiarkan ke dalam ruangan Surat Pembaca. Mudah2an ada orang2 terbabit baca. Juga boleh majukan ke Forum Utusan Malaysia.

PPA dalam tentera pada mulanya dikurniakan kepada anggota2 yang pernah berkhidmat di kawasan operasi. Maknanya anggota yang tak pernah masuk operasi, memang tak ada pinggat PPA. Tapi sekarang saya tengok Pingat PPA ni dah takde nilai. Habis je rekrut nampak diorang dah pakai. Bagi cantik baju je la nampakya. Mungkin dalam konteks BOMBA kabinet boleh reka bentuk lain yang sesuai. pendapat saya je.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5251

  • jebat2000
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Ceria Selalu
  • Posts: 51
  • Karma: 0
MS Hass wrote:

peranan dan fungsi JBPM juga penting setanding dengan Polis dan Tentera terutamanya dalam aspek penyelamatan.

saya setuju jika dikatakan penting malah sangat penting tetapi tidak setuju jika dikatakan setanding dengan Polis dan tentera walaupun dalam aspek penyelamatan.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5256

  • MS Hass
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 14
  • Karma: 0
Boleh saya tau kenapa tak setuju?

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5293

  • jebat2000
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Ceria Selalu
  • Posts: 51
  • Karma: 0
MS Hass wrote:
Boleh saya tau kenapa tak setuju?

jawapan saya simple je tapi sebelum tu saya nak bagi peluang kawan2 yang lain beri pandangan dulu. peace.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5298

  • Akmal3110
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2052
  • Karma: 1
Risiko pasukan bersenjata lebih tinggi berbanding pasukan penyelamat?
Last Edit: 3 years, 5 months ago by Akmal3110.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5308

  • MS Hass
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 14
  • Karma: 0
Menyelamat pun mempertaruhkan nyawa jugak

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5327

  • Akmal3110
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2052
  • Karma: 1
MS Hass wrote:
Menyelamat pun mempertaruhkan nyawa jugak

Betul tu tuan. Saya tak nafikan cuma macam yang saya rasakan mungkin risikonya lebih tinggi. Sekadar pendapat. Harap tidak ada yang terasa.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5333

  • Alpha_six
Akmal3110 wrote:
MS Hass wrote:
Menyelamat pun mempertaruhkan nyawa jugak

Betul tu tuan. Saya tak nafikan cuma macam yang saya rasakan mungkin risikonya lebih tinggi. Sekadar pendapat. Harap tidak ada yang terasa.

betul tu.. time kebakaran, org lain keluar dari rumah terbakar.. bomba pulak masuk dalam rumah terbakar tu mencari mangsa terperangkap..

lagipun saya tengok gambar2 latihan untuk MUST bomba.. ganas2 jugak.. hahahaha..

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5334

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3992
  • Karma: 3
Alpha_six wrote:
Akmal3110 wrote:
MS Hass wrote:
Menyelamat pun mempertaruhkan nyawa jugak

Betul tu tuan. Saya tak nafikan cuma macam yang saya rasakan mungkin risikonya lebih tinggi. Sekadar pendapat. Harap tidak ada yang terasa.

betul tu.. time kebakaran, org lain keluar dari rumah terbakar.. bomba pulak masuk dalam rumah terbakar tu mencari mangsa terperangkap..

lagipun saya tengok gambar2 latihan untuk MUST bomba.. ganas2 jugak.. hahahaha..
kemungkinan skop tugas itu agak berbeza, tidak dinafikan bahawa bomba banyak menghadapi halangan merbahaya namun bagi anggota tentera bila di perbatasan perang, mereka berada di hujung tanduk.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5422

  • jebat2000
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Ceria Selalu
  • Posts: 51
  • Karma: 0
Seperti yang saya katakan bahawa penyelamat bomba juga sangat penting dan berbahaya tetapi peranannya tidak boleh setanding dengan penyelamat sof polis atau pun sof atm kerana penyelamat mangsa kebakaran masih mempunyai pilihan untuk membuat pilihan untuk masuk atau tidak berpandukan keadaan mangsa dan kebahayaan sesuatu keadaan. Penyelamat bomba tidak akan masuk ke dalam api yang sedang marak semata2 utk menyelamatkan mangsa yang terperangkap kecuali masih ada ruang yang tiada api yang menyala. Risiko penyelamat bomba adalah accidently.

Manakala bahaya penyelamat polis/atm adalah berbeza sama sekali. Mangsa tebusan sedang ditawan oleh penjenayah yang bersenjata api yang akan mengancam nyawa tebusan dan penyelamat sekaligus. Suka atau tidak mereka mesti masuk setelah segala rundingan gagal menemui jalan penyelesaian. Operasi mereka bukan macam dalam drama gerak khas yang hero mesti menang. Pilihan mereka cuma taktikal dan tawakkal. No choice at all.
Last Edit: 3 years, 5 months ago by jebat2000.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5442

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3992
  • Karma: 3
jebat2000 wrote:
Seperti yang saya katakan bahawa penyelamat bomba juga sangat penting dan berbahaya tetapi peranannya tidak boleh setanding dengan penyelamat sof polis atau pun sof atm kerana penyelamat mangsa kebakaran masih mempunyai pilihan untuk membuat pilihan untuk masuk atau tidak berpandukan keadaan mangsa dan kebahayaan sesuatu keadaan. Penyelamat bomba tidak akan masuk ke dalam api yang sedang marak semata2 utk menyelamatkan mangsa yang terperangkap kecuali masih ada ruang yang tiada api yang menyala. Risiko penyelamat bomba adalah accidently.

Manakala bahaya penyelamat polis/atm adalah berbeza sama sekali. Mangsa tebusan sedang ditawan oleh penjenayah yang bersenjata api yang akan mengancam nyawa tebusan dan penyelamat sekaligus. Suka atau tidak mereka mesti masuk setelah segala rundingan gagal menemui jalan penyelesaian. Operasi mereka bukan macam dalam drama gerak khas yang hero mesti menang. Pilihan mereka cuma taktikal dan tawakkal. No choice at all.

saya setuju dengan pendapat tuan jebat, dalam soal penyelamat bomba, ada beberapa situasi sekiranya ia tidak dapat diselamatkan maka keputusan untuk merempuh masuk dalam api terpaksa dikecualikan, manakala dalam situasi ATM dan PDRM situasi menyelamat adalah lebih bahaya yang tahap bahaya lebih tinggi. Sebab itu operasi menyelamat biasa hanya dikenali SAR dan kalau melibatkan ATM yang lebih kenali dengan CSAR.

Re: Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 3 years, 5 months ago #5448

  • MS Hass
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 14
  • Karma: 0
HelangRimba wrote:

Pertama sekali, perbincangan ni macam dah lari tajuk dah ni.kalau perlu bukak thread baru la kot.

Yang ke dua, apabila berbicara soal keselamatan sebenarnya terbahagi kepada 2 aspek iaitu security dan safety.Cuma di dalam bahasa Melayu cuma ada 1 perkataan untuk kedua-dua istilah itu yakni KESELAMATAN.Tanggungjawab siapa? Peranan siapa? Tugas siapa?

Di dalam penentuan keperluan keselamatan kebakaran (fire safety), terutamanya yang melibatkan bangunan termasuk rumah yang kita tinggal telah ditentukan oleh Bomba berpandukan peruntukan UBBL (Uniform Building by Law 1984).Ini semua adalah untuk menentukan bahawa risiko bahaya kebakaran berada pada tahap minima dan nyawa penghuni itu sendiri.Mencegah lebih baik dari mengubati.

Yang ke ketiga, untuk makluman, semua firefighter di Malaysia terlatih untuk membuat kerja- kerja penyelamatan dan tidak terhad pada pasukan khas semata-mata.Untuk penyelamatan yang memerlukan kepakaran serta kemahiran khas, Bomba ada Pasukan Penyelamat di Air (termasuk Penyelam), pasukan HAZMAT, pasukan EMRS, pasukan MUST dan yang terbaru pasukan STORM.Makna kata bukan hanya tertumpu kepada penyelamatan dari aspek kebakaran semata-mata.Termasuk lah menyelamat kucing dari pokok pun akan dilaksanakan.Betapa luasnya skop penyelamatan Bomba.Sebab itulah jabatan ini diberi nama
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Di dalam konsep RECEO, R=rescue, E=Exposure, C=contain, E=extinguish,O=overhaul, yang diamalkan Bomba, menyelamat tetap diutamakan dalam apa jua keadaan.Jadi tidak sesuai la kalau dikatakan "bomba mempunyai pilihan".Hal menyelamat bukanlah hal yang boleh dipilih-pilih.

Di bawah Majlis Keselamatan Negara, arahan no.20, Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, jelas menyatakan peranan Bomba di dalam kerja - kerja penyelamatan.Jelas juga dinyatakan di dalam arahan ini, yang Bomba merupakan "lead agency" di dalam kejadian melibatkan "Hazardous Material" yang mana kalau kita perhatikan kepada 9 kelas kemerbahayaan, "explosive" berada di tempat pertama.

Mungkin risiko yang Bomba hadapi bukanlah peluru hidup, bukanlah letupan bom seperti agensi-agensi lain.Namun nyawa tetap kami pertaruhkan
Last Edit: 3 years, 5 months ago by MS Hass.
Time to create page: 0.54 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.