Welcome, Guest
Username Password: Remember me

SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia?
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia?

SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #2999



LAUT China Selatan memiliki timbunan sumber asli seperti petroleum, gas asli, galian, rumpai dan perikanan.

Ia sangat strategik bagi industri maritim khususnya laluan perkapalan antarabangsa.

Selain itu, ianya juga menyediakan lapangan bagi aktiviti ketenteraan seperti pergerakan armada tentera laut, kapal selam, pengangkut pesawat dan pengintipan.

Laut China Selatan meliputi sebahagian Lautan Pasifik. Laut itu merangkumi lebih 200 pulau kecil, batu dan terumbu dengan majoriti dalam Gugusan Paracel dan Spratly.

Proses kebangkitan Asia yang memperlihatkan peranan China dan India secara ketara mencemaskan Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya.

Perubahan landskap ekonomi ini turut menyeret gerakan politik dan ketenteraan ke rantau ini bagi memainkan peranan dalam menentukan tahap dominasi masing-masing.

Perairan itu juga laluan pergerakan dan perhubungan pelbagai rangkaian jenayah terancang antarabangsa termasuk pengganas, kumpulan pelampau selain sindiket pengedaran dadah serta pemerdagangan manusia.

Begitu hebat potensi, status dan besarnya peranan Laut China Selatan maka persaingan menguasainya sudah berlaku sekian lama. Ia turut mencetuskan pertikaian dan tuntutan bertindih di laut itu membabitkan beberapa negara.

Perkembangan di perairan itu diperhatikan secara dekat oleh Jepun, AS, India dan Australia – kelompok negara yang memegang saham utama dalam kestabilan di rantau ini.

China antara yang paling agresif mahu menguasai Laut China Selatan. Satu laporan menyebut, China mahu menguasai 80 peratus perairan itu termasuk kedaulatan terhadap gugusan pulau yang turut dituntut beberapa negara anggota ASEAN.

Antara tindakan ketara China ialah melancarkan latihan membabitkan kapal perang paling moden yang berlangsung hampir tiga minggu termasuk di Gugusan Spratly.

Pada pertengahan Februari 2009 apabila Kongres Filipina meluluskan rang undang-undang persempadanan kawasan sempadan laut yang meletakkan tuntutan terhadap Terumbu Scarborough (kedaulatan yang didakwa oleh China) dan beberapa pulau di Laut Cina Selatan.

Pada 8 Mac 2009, berlaku pertembungan antara kapal China dan kapal pemantau Impeccable milik AS di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) China. Ia berlaku di lokasi hampir sama dengan kejadian pelanggaran pesawat penggempur China dengan pesawat pengintip milik tentera laut AS pada April 2001.

Latihan bersama tentera negara anggota ASEAN dengan AS beberapa tahun lalu juga menggambarkan tahap baru ketegangan di rantau Laut China Selatan.

Pada 6 Mei 2009, Malaysia dan Vietnam membuat penyerahan bersama kepada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Had Garisan Benua (CLCS). Tindakan itu mencetuskan provokasi yang membangkitkan kemarahan China dan Filipina. Sehari selepas itu, China mengemukakan bantahan keras kepada Setiausaha Agung PBB.

Minat China terhadap Laut China Selatan terus memuncak apabila negara itu mengisytiharkan dasar baru bahawa laut yang menghubungkan Asia Timur dengan Lautan Hindi itu menjadi sebahagian ‘teras kepentingannya’.

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3000

sambung..

CHINA telah berulang kali menegaskan permodenan angkatan bersenjata mereka tiada kena mengena dengan hasrat untuk menjadi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) tetapi hanya untuk melindungi kepentingan agenda ekonomi mereka. Sememangnya pengakuan sedemikian rupa amat dialu-alukan terutama sekali oleh negara jiran yang lebih kecil seperti ASEAN.

Tetapi perlu ditegaskan, Beijing sememangnya pintar menggunakan bahasa diplomasi untuk menggambarkan yang mereka tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang boleh dirungkaikan daripada kenyataan Beijing adalah mereka akan mempertahankan kepentingan ekonomi dengan apa jua kaedah sekalipun, dan ini termasuklah kekuatan tentera.

Perhatikan sahaja apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan mengenai tuntutan bertindih gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China, Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan. Beberapa minggu lepas telah berlaku beberapa tindakan agresif di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan perairan yang masing-masing mendakwa milik mereka.

Vietnam dan Filipina telah menuduh tentera laut China mengganggu kerja eksplorasi di dalam perairan yang didakwa oleh Hanoi dan Manila adalah milik mereka. Beijing pula mendakwa kedua-dua negara tersebut telah menceroboh kawasan milik China.

Masalahnya di sini ialah hampir keseluruhan kawasan tuntutan bertindih Laut China Selatan didakwa oleh Beijing sebagai milik mereka dengan menggunakan dalil sejarah lampau.

Vietnam telah pun mengambil tindakan susulan akibat gangguan Beijing dengan mengadakan latihan tembakan peluru hidup di wilayah Quang Nam berhampiran dengan kawasan pertikaian. Walaupun dinafikan oleh Hanoi, begitu jelas sekali isyarat latihan tersebut adalah amaran kepada Beijing bahawa Vietnam akan mempertahankan kedaulatan mereka.

Begitu juga dengan Filipina yang bakal mengadakan latihan perang yang dinamakan CARAT bersama-sama dengan AS dari 28 Jun hingga 8 Julai memberikan satu maksud yang tersirat kepada Beijing mengenai apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Seperti lazimnya Beijing telah memberi amaran bahawa masalah tuntutan bertindih tersebut perlu diselesaikan secara bilateral iaitu antara China dan negara berkenaan sahaja tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga. Jika agenda China itu dituruti maka sudah semestinya manfaat menyebelahi mereka kerana China mempunyai segala-galanya.

Memang benar China tidak berminat untuk berperang dengan negara ASEAN yang jauh lebih lemah. Tetapi Beijing tanpa segan silu akan mempamerkan kekuatan tentera mereka untuk mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang berlaku terhadap Vietnam dan Filipina tempoh hari adalah contoh klasik maksud tersirat permodenan angkatan tentera yang selaras dengan kemajuan ekonomi China.

Paling menggerunkan ialah bagaimana pantasnya permodenan angkatan tentera China berlaku. Tidak lama lagi tentera laut China akan memiliki kapal pengangkut jet pejuang yang pertama. China juga dipercayai sudah memiliki peluru berpandu balistik yang direka khas untuk memusnahkan kapal perang.

Sejak kebelakangan ini apa yang jelas adalah tumpuan khas diberikan kepada kemampuan angkatan laut mereka.

Selama ini AS dianggap sebagai kuasa maritim yang unggul kerana mempunyai gugusan kapal pengangkut jet pejuang yang tiada tolok bandingannya. AS mampu menonjolkan dan menggunakan kekuatan angkatan tentera mereka di mana-mana sahaja dengan kaedah kapal pengangkut yang ditempatkan serata pelosok dunia.

Memang benar dengan hanya sebuah kapal pengangkut tidak mungkin China dapat menandingi kehebatan AS. Tetapi bayangkan kesannya jika kapal pengangkut tersebut ditempatkan di Laut China Selatan. Sudah pasti China akan mempunyai kelebihan yang melampau apabila berhadapan dengan isu tuntutan bertindih.

Mungkin secara kebetulan atau tidak kapal pengangkut jet pejuang USS George Washington telah berlepas dari pangkalan di Jepun dan besar kemungkinan sedang menuju ke perairan Laut China Selatan. Pada minggu lepas kapal pengangkut tersebut telah pun berada di Laut China Selatan kerana mengambil bahagian dalam latihan perang CARAT Malaysia-AS. Buat pertama kali juga kapal selam AS turut serta dalam latihan tersebut.

Salah satu strategi untuk mengekang kelebihan angkatan laut China, negara ASEAN perlu mempunyai satu suara apabila berhadapan dengan Beijing. Mahu tidak mahu pihak ketiga perlu diberi ruang untuk bersama-sama dengan negara ASEAN berhadapan dengan China. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah AS kerana hanya negara itu yang mampu menandingi kehebatan angkatan tentera China.

Strategi yang diamalkan oleh Malaysia dengan mengadakan latihan perang secara bersama dengan AS adalah kaedah yang paling berkesan untuk memberi isyarat kepada China. CARAT umpamanya adalah latihan bersama antara Malaysia-AS paling lama dan berjaya di antara kedua-dua negara.

Memandangkan kepentingan Laut China Selatan kepada Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi, kerjasama strategik dalam pertahanan maritim di antara AS diperluaskan lagi dengan penyertaan terbaru latihan secara bersama. Buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) dan Cobra Gold bersama-sama dengan AS. RIMPAC dianggap sebagai latihan perang maritim antarabangsa yang terbesar di dunia dan pada latihan tahun lepas telah disertai oleh 13 negara.

Sememangnya penyertaan Malaysia dalam CARAT, Cobra Gold and RIMPAC akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada ASEAN.

Kehadiran empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia dalam salah satu latihan ketenteraan tersebut sudah pasti membawa implikasi yang agak besar seperti mana pakatan Jepun dan Korea Selatan yang telah memberi kesan kepada Asia Timur. Menjadi harapan isyarat tersebut dapat di baca oleh Beijing dengan betul.
- Utusan.

JOm.. sama2 bincang.Semakin panas sekarang nie...
Last Edit: 2 years, 10 months ago by tanahmelayu2020.
The following user(s) said Thank You: Tajau

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3004

  • Tajau
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 66
  • Karma: 0
Rasanya langkah yang diambil oleh Malaysia sekarang nie memang bagus sebab kalau tak sah ada beberapa perkembangan yang perlu diambilkira mengenai hubungan/action Malasia terhadap "Kebangkitan Armada Tentera Merah" khususnya bila berkaitan Spratlys. Antaranya:

1) Malaysia & China merupakan trading partner yang besar. Dan apabila trading nie besar memang takder yang nak berperang. Semua nak bikin duit. Perang is a last option. Contohnya pembinnan semula site Penjara Pudu kalau tak salah Syarikat daripada China yg dapat. Tapi entahlah sebab kalau kat M'sia L.A pun kekadang tak guna

2) Malaysia ada bagi cadangan yang sumber-sumber asli di Spratlys sebaik-baiknya dibangunkan bersama. Cadangan ini ada diketengahkan kepada China kalau tak salah.

3) Tapi untuk menunjukkan kepada China yang Malaysia bukannya Rimau takder taring maka kita pun bergiatlah secara aktif dalam eksesais dengan Amerika Syarikat. Sudah tentunya Amerika Syarikat ada sebab sendiri bergiat aktif di rantau Asia Tenggara.

4) 4 bijik kapal selam Ohio telahpun dilengkapkan semula dengan Tomahawak dan baru-baru ini kesemua empat-empat ada dekat-dekat sebelah kita. Tomahawk tue takkanlah untuk kita kan? Ker nak serang Filipina?... eh eh jangan ramai teman tapi mesra kat saner ekeke

5) Pada masa yang sama inilah juga sebab Malaysia ambik Scorpene 2 bijik & RMAF nak mintak AWACS. China pun tau yg sub disel nie senang-senang boleh tumbangkan aircraft carrier yang bagak. Show of deterrence lah kata orang.

6) Negara pemegang bon Amerika Syarikat merupakan China hehehe. Dan semenjak dua menjak ini byk desas desus tentang currency lain nak diketengahkan sebagai currency alternatif selain daripada US Dollar. Cuba teka sapa yang war-warkan benda nie?

Susah nak cakap pasal diplomasi peringkat antarabangsa, banyak variable yang kena ambik kira. Politik dalam negara pun ada kesan. Contohnya salah satu sebab Argentina serang Falklands/Malvinas adalah nak mengalihkan perhatian rakyat daripada keadaan politik domestik.

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3028

  • Alpha_six
kita kena la amek peluang nie untuk mintak diskaun dgn uncle sam bila nak beli barang2 military dier nanti..

tapi nanti ada laa pulak puak2 dalam malaysia ni yg akan kata kita ni geng amerika laa.. kita ni mengabehkan duit laaa..

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3257

Filipina akan menghantar kapal perang BRP Rajah Humabon (PF-11) ke ZEE miliknya di Sparatly :




Dan China pula akan manghantar kapal Maritim Haixun 31 ke kepulauan tersebut :

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3263

  • Anakpencen
  • OFFLINE
  • SPECIALIST
  • Posts: 662
  • Karma: 0
Aku bab China ni susah sikit sebab apa yang digemburkan2 Oleh Media2 Barat taklah
yang sebenarnya sebab Dia Orang dah laburkan banyak Duit kat China... Kadang2 tu
mainan jugak pembuat2 Senjata dan Pelabur2 tu bagi Negara2 kawasan ni Beli Persenjataan
dari Mereka..Uncle Sam lah tu... Biasalah Kita jangan Terkalut dahlah
If you act like a baby you'll be treated like a one

ENOUGH IS ENOUGH

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3269

  • nasiru
  • OFFLINE
  • PRIVATE 2
  • Posts: 331
  • Karma: 0
Tak ramai akan join geng ASEAN yang ada pegangan kat spratly untuk lawan China. China sekarang ni pun kalau ikut laporan banyak dah rakyat dia macam da agak lantang bersuara. Tapi tu kalau ikut media barat la. Yang media China pulak kena censored.

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3279

korang cuba selongkar ek apa yang Aset yang Negara2 ASEAN dapat skrg

Sland - F15SG mmg rata2 kita anggap SLand beli jet utk counter Su30MKM tapi ancaman perang kita ngan SLAND amat merugikan kedua2 negara..so F15SG blh dikatakan boleh mempertahankan Malaysia,Brunei dan Filipina jika diserang oleh China..Klu US dah suruh tolong..Sland kena tolong hehehhe

Indoland - US menjual beberapa F16A/B secara waran bagi memperkuatkan TNI AU..so kenapa ek....of coz nak kuatkan angkatan udara dia...

Malaysia Tanah Air aku - Kita tgk bilangan SH yang kita amik nanti dari US nanti hehehe



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3282

lg byk claim...lg tinggi keperluan utk memiliki aset utk deterrence...bermaksud lg byk perjanjian utk penjualan dan pembelian senjata yg berjumlah milyaran...

i can see Phil will get their modernisation programme get going...dah lama sgt delay eh..haha

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3289

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3921
  • Karma: 2
ikansadinmknorang wrote:
lg byk claim...lg tinggi keperluan utk memiliki aset utk deterrence...bermaksud lg byk perjanjian utk penjualan dan pembelian senjata yg berjumlah milyaran...

i can see Phil will get their modernisation programme get going...dah lama sgt delay eh..haha


diorang itu masalah dalam negara pun xselesai lagi.. dulu masa malaysia nak seleasaikan mereka buat ambik endah xendah jer..

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3313

Hahhahahh..biarkan depa terus bermimpi..dulu hendakkan sabah tapi sayang hanya mimpi dalam mimpi kakakaka



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3315




Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3521

  • paehinc
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 18
  • Karma: 0
tanahmelayu2020 wrote:
Filipina akan menghantar kapal perang BRP Rajah Humabon (PF-11) ke ZEE miliknya di Sparatly :




Dan China pula akan manghantar kapal Maritim Haixun 31 ke kepulauan tersebut :



Sedih aku tengok kapal Phil nie.. tak silap aku, ini la kapal pang besar & canggih yang Phil ade

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3525

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3921
  • Karma: 2
Baru-baru ini, philipine navy dapat kapal bekas US Coast Guard jenis class hamilton dan dikatakan sebnayak 8 biji akan dibekalkan...

Re: SPRATLY : Kebangkitan Armada Tentera Merah (China), Peranan Amerika Syarikat Di Asia Pasifik Dan Adakah Kita (Asean) Bersedia? 2 years, 10 months ago #3526

  • jemtech82
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 61
  • Karma: 0
macam nak roboh jer kapal filipin nie.....kukuh lagi bot pancung geng "abu sayaf"....
Moderators: mr. kurien
Time to create page: 0.60 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.