Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature'
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature'

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3316

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1802
  • Karma: 2
Apa do n donts bila hunting ni?

Skrg, saya nak berkongsi maklumat dlm memburu ni..walaupun kita bukan la pemburu, tp better kita ambil tahu sebab benda2 mcm ni turut membantu kita klu kita dlm kesusahan didalam hutan..kiranya survival skill la, utk hidup kita kena cari bahan makanan juga. Memburu adalah salah satu option jugak..

Kalo kita memburu jenis kumpulan (jejak dan cari) atau buat ran, kita kena pastikan bila memburu..

1. Jangan pakai wangian walaupun deodorant. Napuh/kancil dr jauh boleh bau wangian tersebut.

2. Pakai baju yg warnanya kusam, tak terang atau nak best pakai je baju celoreng.

3. Bila dah masuk kawasan buruan, cari daun yg tak berbulu, ramas2 dan sapu kat baju kita bagi cover bau badan kita.

4. Selalu bergerak lawan arah angin, tengok dedaun berhayunan..menuruti laluan angin akan membawa bau badan kita ke binatang buruan.

5. Bila dlm kawasan buruan (kalo kita guna keadah menghendap), biasakan bergerak dgn melangkah perlahan dan jatuhkan hujung jari dulu baru dituruti tumit..so, bunyi ranting patah payah nak kedengaran.

6. Bila ada mangsa kat depan mata, 2 pemburu atau lebih kena standy senapang, in case first shoot out, second shoot ready to backup.

Kita masuk kaedah memburu cara menjejak (trace n hunt) / dan pasang 'ran'

Kita dan kengkawan akan tentukan lokasi pemburuan kita, biasanya kat lembah2 atau kawasan hutan yg dara la.

Recce kawasan
1. Kita akan masuk siang, awal pagi biasanya, utk recce kawasan (ni bagi kawasan baru pertama kali teroka) Apa yg kita akan tengok ialah kawasan yg ada :

- buah2an gugur, contohnya buah ara, buah2 hutan,

- pastu kita akan tentukan jugak kat mana punca air,

- juga rumput2 tertentu yg menjadi makanan rusa dan seangkatan dengannya..contohnya, daun rusa dll.

- kita kesan jugak denai2 halus yg menjadi laluan binatang.

untuk trace kawasan ni, kita tengok kawasan samada ada tanda2 kehadiran binatang..biasanya melalui..

- ada najis (taik) binatang buruan, kalo kancil, taik dia ala2 kambing, ketul2 halus berbini, kalo rusa..mcm taik lembu dgn kesan rumput tak habis (ada serat lagi).

- tapak binatang, kalau rusa, kancil, ada 3 lopak yg terjunam kehadapan.

- Check jugak kot2 ada tanda tapak jenih kucing, sebab biasanya kalo kawasan mangsaan cari makan ni, mesti ada pemburunya. Kalo ada tapak kucing, dah nampak tapak tu..tengok plak samada ada slice kecil kt hujung cari tapak tu, kalo ada, maknanya memang harimau tu dah ready nak terkam mangsa kat situ dan biasanya harimau tu dah follow binatang buruannya sekian lama.

- Check jugak ranting dah pokok rumput sekitarnya, kalo banyak pucuk dan daun muda yg hilang, maknanya sang rusa dan kengkawan ada datang kawasan tu utk makan la. Yg ni perlu pengamatan yg tinggi. Kalo dia pernah datang, nanti dia akan datang lagi.

So, kita trace dulu kawasan ni, tentukan berapa banyak port2 mcm ni, jarak antara port2 ni dll.

Buat Ran
Bila dah tahu kawasan dan port ni, kita akan cari kawasan yg tertentu untuk memburu secara kaedah 'ran'(saya pun taktau apa maksud ran ni, tapi tu yg diajar kepada saya). Biasanya untuk tentukan kawasan ran ni,

- kita akan cari kat lopak2 air,
- atau kawasan rumput rusa, rumput terbang yg menjadi makanan mangsa buruan..
- selain itu, kita buat kat kawasan yg ada buah2 gugur atas tanah.

Bila dah ada kat kawasan ni, kita kesan plak sekitar kawasan tu, kat mana denai2 yg menjadi laluan binatang tu masuk ke port makan diaorang tu. Pastu, kita tentukan angle (sudut) yg paling terbuka, jelas dan mudah utk kita tenang mangsa dr ran kita.

Dah ada semua info ni, kita akan buat 'ran', kalo bawak nak tunggu dalam sejam dua (sementara menanti maghrib / gelap), kita akan kumpulkan ranting kayu dan buat satu penghadang (ala kubu) ringkas utk cover badan kita. So, kita pun tunggu la kat situ sampai mangsa datang.

Kekadang, kita akan ambil/kutip buah hutan yg berguguran tu dan kumpul setempat, ala satu longgokan besar la..tu la yg pelik, rusa ke, kancil ke..dia kalo nampak longgokan besar, memang dia tinggalkan buah2 yg sebiji dua ni (tamak gamaknya..).

Dalam kita menunggu tu, seorang lagi kawan boleh tidur, rehat dll. Kita plak tumpukan kat denai2 yg menjadi laluan masuk tu..sebarang pergerakan daun, ranting yg teratur tu bergerak secara teratur, terus stanby senapang, dan aim. Bila binatang buruan dah ada, jelas dan terbuka, tembak dipangkal peha (kalo boleh).

Kita akan tunggu kat ran tu sampai la maghrib, bila hutan dah betul2 gelap. Kita pun akan keluar dr ran tu, dan dgn bantuan lampu torchlight yg ada, kita akan bergerak dr satu port ke satu port utk memburu. Biasanya bila malam, binatang jenis nocturnal (terutamanya kancil) lebih aktif.

Kita bergerak perlahan, guna kaedah letak kaki mcm saya kata sebelum ni, alert terhadap sebarang cahaya yg mungkin terbias dr kesan lampu tochlight kita. Nak mudah, guna kaedah radar AESA, suluh dr kiri ke kanan, kanan ke kiri..kalo ada pantulan cahaya, ready tuk shoot.

Binatang yang Tak Perlu
Biasanya, kita memang akan terserempak dgn binatang yg tak perlu..contohnya terserempak dgn babi tunggal, seladang, harimau. Tak perlu panik, bila bertembung je binatang2 ni..kita stop langkah kita, dah slowly mengundur kebelakang tanpa panik (tapi jari kat trigger la..hehehe)

Jap lagi sambung..hehehe..
Last Edit: 11 months ago by hajiwan .

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3319

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1802
  • Karma: 2
Sambung lagi..

Dalam proses menjejak ni..kita perlu
1. Kita terus menjejak melalui torchlight kita utk kesan kehadiran binatang..mata mau alert.

2. Tengok juga kawasan kat denai laluan kita, kalo ada najis haiwan, check dulu, samada najis tu dr haiwan buruan kita atau tak. Tapi, biasanya najis yg ada daun dan kecil2 adalah dr jenis herbivor, so masuk dlm list kita jugak la. Tengok samada najis tu kering, atau basah. Kering tanda lama, basah tanda haiwan tu baru je lalu atau berada kat kawasan sekitar tu. Kalo belum ada kumbang taik, atau semut hurung, lagi la haiwan tu ada kat area tu.

3. Tengok jejak kaki..kot2 ada, boleh tengok kat mana arah dia bergerak.

4. Tengok corak daun dan ranting, kalau malam tu tu berangin, kita kena alert ranting2 dan dedaun yg menghala ke arah tertentu, kalo bukan babi..boleh jadik rusa.

5. Kalau malam tu berangin, rendahkan badan skit agar tak seluruh badan kena pukulan angin (yg akan bawak bau badan kita kepada mangsa)

Kalo mangsa kat depan mata?

1. Dalam kita dok tercari2, tetiba ada bias mata warna merah. Terus stop bergerak.

2. Offkan safety senapang kita, kalo kancil, tukar peluru penabur kepada yg lebih kecil.

3. Partner kita pula teruskan suluh binatang tu. Biasanya kancil dll takkan lari kalo kita suluh, melainkan kita buat tindakan utk mengejarnya..

4. Sambil partner kita suluh kat mangsa, kita aim dan tenang, dah ready, bismillah dan tembak. Kalo tak kena, second round shoot. Kalo senapang jenis double barrel mudah, kalo tak partner kena tolong tembak, sebab nak reload memang lambat..

5. Mangsa yg kena tembak, kalo kancil dan napuh, cepat je tersungkur. Kalo rusa mcm dlm avatar marker tu lambat skit, mungkin boleh berlari dulu (bantuan hormon adrealin) dlm jarak tertentu..sehingga collapse.

6. kita kejar mangsa yg tercedera tu, bila dia jatuh, terus sorang dua partner utk pegang kaki, kalo besar, tindih terus ngan badan kita dan semebelih dgn pisau yg tajam.

7. Bila dah siap sembelih, mangsa dah putus nyawa, terus lapah kat situ jugak, buang perut dan kulit, isi daging dibalut dgn surat khabar dan dibawa dlm guni.

8. Kulit, darah, organ dalam ditimbus dgn tanah atau lubang (kita la kena korek)..

9. Then, teruskan pemburuan sampai kita dah tak larat nak galas mangsa, atau sebab dah sampai kat pintu masuk ke hutan..terpulang jugak kalo nak rotate semula sampai ke pagi (hari cerah).

10. Kalo lama kita kat hutan, biasanya daging2 tu akan disalai utk buatkan dia lebih tahan dan tak membusuk.

So, tu kaedah asas utk jejak dan buru ni, atau nak disekalikan dgn buat ran..kalo hutan tu kita dah biasa, jarang dah buat ran ni..biasanya masuk je dah terus buru..

Apa2 pun, lain pemburu lain kaedahnya, cara saya mungkin berbeza tetapi matlamatnya tetap satu..untuk mencari rezeki dan mensyukuri nikmat Allah.

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3366

hehehe...dahsyat jugak Hajiwan ni yer...ok le tu...

saya biasanya kalo menyuluh malam selalunya saya pi sorang2 jer...paling ramai berdua je...berkenaan dgn mata binatang ni sebenarnya mcm ni...

- kalo kita suluh x secara berdepan , matanya kaler biru kehijauan..kalau dr tepi selalunya kaler kuning .

- kalau mata kuning tapi mengembang mcm spotlight tu maknanya spesis kucing besar mcm x atau x...

- mata x pulak hijau kebiruan kalau disuluh dan waktu terbaik menjejak x pada waktu malam ialah dlm pukul 2 pagi ke atas...kalau ikut jejak x pulak selalunya selepas hujan lebat..bermakna tapak rusa tu masih baru lagi...

- kalau kita guna single x ,selalunya pemburu akan kepit peluru standby antara celah jari mereka...dgn cara mcm ni reloading akan lebih pantas.

- kalau kita jumpa x semasa menyuluh , mainkan cahaya torchlight keatas dan kebawah berulang kali sambil kita melangkah perlahan-lahan ke arah x tersebut...x akan leka ikut cahaya lampu itu dan kita boleh rapat terus kepada x tersebut dan terus tembak di pangkal leher...( killing spot )..

- tapak kaki x , y dan z adalah 2 telunjuk hadapan sahaja...tapak kaki x sebijik mcm tapak kaki lembu dan tapak kaki y mcm tapak kaki babi hutan cuma rekahan tapak kaki babi tu agak terbuka manakala tapak z lebih rapat...najis x sama mcm najis kambing cuma lebih besar dan lonjong...najis y dan kambing adalah sama...

- kalau buat ran utk mengendap z , biasanya pemburu akan memilih kawasan yg ada pokok buah hutan yg menjadi makanan z itu...seperti buah Damar , buah Legong , buah Akar telunjuk , buah Simpon atau buah Jerai...selain itu juga denai yg menjadi laluan z tersebut hendak lah dikenal pasti dgn betul....waktu z turun utk makan buah adalah dr pukul 7 pagi sehingga 11 pagi manakala pada sebelah petang dr pukul 3.30 ptg hingga 6.30 ptg...kebiasaannya z akan tidur dikawasan sekitar pokok buah tersebut dan jika menyuluh pada waktu malam pastinya akan beroleh rezeki..insyaalah..

- kalau semasa menyuluh y dan tiba2 terjumpa z dan kalau tidak sempat utk tukar peluru , teruskan tembak dgn penabur tersebut...insyaallah kalau tembakan tepat z tersebut akan tumbang ..

- cara utk sembelih z seorang diri ialah dengan kita tekan peha kita ke badan kijang tersebut...kilas lehernya dan semelih...itu jer...

- nasihat saya semasa menyuluh...buddy kita yg dibelakang kalau bersenapang jgn sesekali membalas tembakan kita selagi tidak diarahkan....tindakan itu amat merbahaya sekali kerana segala kemungkinan bulih berlaku....

- x selalunya bermain dikawasan lembah manakala z di atas bukit...y akan bermain dikawasan banir pokok dan semak samun...

- pengalaman saya menjejak tapak x adalah selama 13 jam baru jumpa dan boleh ditembak...ada juga yg cepat..sejam menjejak dah jumpa...

-z pula kalau diluar musim buah hutan kita masih boleh memburunya dgn cara memipit ...buluh pipit panjang 2 jengkal dan dibelah tengah...pemburu akan memipit dgn meniru suara z betina , suara anak z dan suara z jantan...jikalau z berada dikawasan berdekatan selalunya z akan hampir kepada kita dgn 2 cara...cara senyap dan cara menyalak...tetapi ada bahayanya cara memipit ini...v selalunya akan tertarik dgn bunyi pipit yg disangkanya z...oleh itu..berhati-hatilah...

- Jgn sesekali cock senapang kita jika kita tidak pasti apa yg hendak ditembak dan jangan sesakali tembak jika kita x pasti binatang apa yg berada didepan...( kes tertembak Buddy ).Sebab itu saya suka berseorangan bila menyuluh malam..

- jika binatang buruan yg kita tembak itu lari...segera ikut darahnya sampai berjumpa...jika binatang tersebut telah mati apabila dijumpai...segera semelih sebagai syarat ..Halal dimakan walaupun telah mati keras...TETAPI jgn pulang ke khemah dahulu memanggil kawan2 dan selepas itu baru nak ikut darah binatang tersebut...jika kita jumpa binatang dgn cara itu maka HARAM dimakan binatang tersebut ( jikalau dah mati ) sebab kita telah melengah-lengahkan penjejakan tersebut..

- sekian lah dari saya yg baru belajar memburu ni...
Last Edit: 11 months ago by mr.stark.

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3380

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1802
  • Karma: 2
Hebat la marker..saya pn suka bab memburu ni, tapi lebih pada ambil tahu je la..sebabnya saya lebih fokus pd ikan ja sebab klu nk memburu hidupan kt darat, kena ada senjata api..saya mana ada semua tu..huhuhu...
Last Edit: 10 months, 3 weeks ago by hajiwan .

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3381

alhamdulilah...sepanjang saya bermain dgn alam hutan dan alam haiwan ni xderlah sangat kena gangguan yg serius tu...setakat gangguan kecil tu biasalah...

Kita kena ingat satu perkara apabila kita mula melangkah masuk kedalam pintu hutan...bahawa alam yg akan kita masuk ni bukanlah alam yg biasa dihuni oleh manusia macam kita..,oleh itu hendaklah kita respek persekitaran dan penghuni alam hutan ni samada yg nyata ataupun yang halus...insyaallah , mahkluk yg lain juga akan memberi kerjasama kepada kita...

saya pernah tembak sekoq x dan apabila hendak disembelih , tetiba bulu x tersebut berdiri terpacak mcm kena karan...alhamdullilah , saya praktikkan apa yg perlu dan bulu x tersebut turun dgn sendirinya dan terus saya semelih...

setiap binatang didalam hutan rimba ada penjaganya atau digelar oleh para pemburu sebagai PENGEMBALA binatang tersebut....ada PENGEMBALA yg boleh bertolak ansur dgn pemburu dan ada juga yg nak uji kita....maka masa ni lah kita gunakan akal yg waras dan insyaallah jikalau dah mmg rezeki kita maka binatang buruan tersebut akan menjadi hak kita jua...cuma ada sesetengah pemburu yg gemar membuat perjanjian dgn PENGEMBALA tersebut...nasihat saya...hentikan lah..semua tu syirik kerana PENGEMBALA tersebut juga adalah mahkluk Allah SWT...oleh itu tiada sebab kita hendak membuat sebarang perjanjian dengannya..

mengenai x...

bagi saya port terbaik utk memburu x ialah di x...especially kawasan x dan x...saya pernah dpt 300 ekor lebih x dikawasan tersebut dlm masa sehari jer ( 5 orang pemburu )....kami bawa peluru sebanyak 500 butir...

memburu x ni kena berhati2 sedikit kerana x ni mempunyai badi yang agak kuat...elakkan menembak x yg bertenggek diatas busut jantan...

kalau Hajiwan naik trak utk x...saya pula lebih suka gunakan motor kapcai jer sebab senang nak redah kelapa sawit tu...

sebenarnya banyak juga peristiwa aneh sepanjang saya memburu ni tapi x elok saya ceritakan disini ...,takut nanti ada yg x berapa percaya pula....setiap pemburu ada pengalaman misteri mereka sendiri...
Last Edit: 11 months ago by mr.stark.

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3383

Mengenai binatang buas seperti harimau dan beruang pula...biasanya haiwan ini akan mengelak dari terjumpa dgn kita terutama harimau...cuma beruang yg agak ganas sikit terutama jika musim dia bawa anak kecik...

apabila terserempak dgn beruang...jgn cuba lari..diamkan diri sambil halakan muncung senapang tepat ke kepala beruang tu...kalau beruang tu berdiri , tandanya dia marah ...kalau dia serbu ke arah kita , jerit sekuat hati...kalau dia masih mara jugak maka petiklah trigger tu..hehehe...

kalo dikejar gajah , jgn kita lari lurus kedepan sebab gajah lari lebih laju dari kita...larilah ketepi atau cari tempat yg ada tebing dan lari kebawah tebing tersebut..insyaallah gajah tu x boleh terjun tebing...dia akan tarik handbrek punya...

kesimpulannya...kalau kita terjumpa trek gajah yg masih baru , jgn lah diteruskan...,cari jalan lain atau patah balik...buat apa nak sabung nyawa ...

Kawasan harimau selalunya berdekatan dgn punca air dan akan ditandakan dgn air kencingnya...sentiasa perhatikan pokok sekeliling jika ada ternampak kesan harimau asah kuku di batang pokok itu...satu lagi kawasan harimau ni mmg kita xkan terjumpa apa2 tapak binatang pun hatta babi hutan sekali pun...kalau berjalan dlm hutan dan tetiba terbau hamis mcm bapak kambing tu dan xdak langsung kesan binatang terutama kesan sondolan babi kat tanah maka eloklah kita keluar dari kawasan tersebut...

itulah serba sedikit yg boleh saya kongsikan disini kerana saya pun budak baru belajar...ilmu pun baru tahap Tadika jer...

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3384

  • Alpha_six
cer citer.. cer citer..

bagi yg takmo cayer tu, cer ikut bro marker.. mesti cayer lepas tu.. hahahaha..

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3497

  • totttis
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 496
  • Karma: 0
Marker November, tak kira, aku nak ko citer gak benda yg tak leh citer tu, sapa tak nak pecaya, biarkan...

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3592

Nak kena cer jugak ka...hahaha...ok lah saya ada beberapa cerita yg melibatkan diri saya sendiri sepanjang memburu ni...terpulanglah sesapa nak caya atau pun tidak....sesungguhnya setiap kejadian itu adalah diciptakan oleh Allah SWT utk kita sebagai panduan ....tidak ada perkara yg tidak logik bagi Allah SWT kerana hanya ' Kun Fayakun '...' Jadi...maka jadilah ia '....


1- Semasa saya dan beberapa rakan memburu di hutan rimba di x Semenanjung ...tujuan kami utk memburu x ...dipendekkan cerita , pada hari ke 2 , kami berjaya jumpa tapak x yg amat baru..air masih bertakung lagi didalam tapak x tersebut menandakan jarak x tersebut dgn kami tidak jauh...perangai x ni apabila berjalan dia mesti stop utk makan...selepas makan dia jalan semula..pastu stop makan balik...kami pun follow up x tu dgn penuh harapan kerana saiz tapak x tersebut amat besar...kalo diikutkan estimate berat x itu berdasarkan saiz tapak lebih dari 2 pikul....

setelah lebih kurang 40 minit ikut jejak x , member dihadapan saya tetiba stop dan bg isyarat 2 jari yg brmaksud dia dah nampak x tu...kami pun freeze movement dan biar member depan jer yg pegi dulu....saya dan member lain standby tggu bunyi meletup jer...agak lama jugak tapi xder pun bunyi senapang meletup...tetiba member yg didepan tadi patah balik ke arah kami ...muka dia pucat...kami tanya apa dah jadi tapi dia senyap cuma dia buat isyrat yg x masih ada didepan...saya pun ambil alih tempat beliau dan gerak kedepan ...saya nampak x tu besar sangat...lebih kurang besar kuda racing...x, jarak saya dgn x tu lebih kurang 15 kaki sahaja , saya pun aim tepat ke pangkal leher x tu ( killing spot )...berdentum peluru jenis SLUG tepat kena sasaran , saya cepat2 tukar peluru kerana guna single barrel jer...aikk..!! x tu rilek jer walaupun pangkal lehernya berasap kena peluru...bila saya nak tembak kali ke 2 tetiba antara jelas dgn tidak saya nampak ada lelaki atas x tu..mcm tunggang kuda la pulak...istigfar panjang saya tapi dah tau itu hanya syaitan yg nak duga kita maka saya pun tembak kali kedua ....pun sama...x masih rilek disitu dan atas x tu pun masih ada orang jugak...saya pun patah balik ke tempat member2 lain tadi dan beritahu apa yg dah jadi...kami sepakat utk ikut petua org lama iaitu bacaan serapah (saya x boleh tulis disini tetapi saya pasti kebanyakan pemburu lama pasti akan tahu serapah ini )...dgn izin Allah SWT , sekali tembak jer x tersebut tumbang .

2- Terjadi semasa saya memburu x di x...saya telah dirikan sebuah jerumun di kawasan pokok buah jerai yg menjadi makanan x memandangkan jejak x sangat banyak dikawasan pokok tu...pagi tu jam 5.30 pagi saya bergerak seorang diri ke dalam jerumun tu sebab x selalunya muncul apabila cerah tanah...setelah 2 jam menunggu dan jam 8 pagi tiba2 saya terdengar bunyi orang bercakap dikawasan jerumun tu...saya ingatkan orang asli yg datang...lepas tu dengar pulak bunyi gendang,seruling dan mcm ada kenduri kahwin pulak...riuh sungguh..meleleh peluh saya sebab dah pasti bukan bunyi manusia biasa tu...sah..saya dah masuk kawasan makhluk halus ( Bunian la kut )....berderau darah time tu...mcm ayat dibaca..tungging terbalik pun ada...hehehe...Akhirnya saya buat keputusan keluar dr jerumun tu dan bagi salam kuat2...tetiba jer senyap sunyi...hilang habih bunyi tadi...saya pun gerak pelan2 ke khemah yg perjalanan makan masa dlm 1 jam dr lokasi jerumun tadi...dlm perjalanan tu puas berdoa..jgn la jadi apa2 kat aku...akhirnya sampai jugak ke khemah..bila cerita kat member , depa pakat bantai gelak ...rupanya depa dah tau yg kawasan saya buat jerumun tu mmg agak keras sedikit...dan ramai pemburu kena mcm tu...Nasib saya la kena kali ni...

nak cerita lagi ka...lepas ni la pulak kut...
Last Edit: 11 months ago by mr.stark.

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3599

Bab terserempak binatang buas pulak...ada la 2/3 story ....nak kata menarik tu xder la sangat tapi boleh lah...

Hariamau Belang

1- Semasa memburu di kawasan x , saya dan 2 orang lg member merancang utk menyuluh malam...lebih kurang jam 11 malam kami pun naik menyuluh di bukit berhadapan ngan khemah kami...dlm tempoh 45 minit dah dpt x..saya bgtau member...cukup lah kut...kita balik base jer la...tapi member berkeras nak menyuluh lagi..so, kenalah ikut jugak ...nak dijadikan cerita , kami terus menyuluh tapi xder hasil ...member ajak panjat bukit sebelah dgn bukit yg kami berada skg ni...kat bukit tu satu mata binatang pun x lawan dgn torchlight kami...heran jugak saya...xkan x pun xder...padahal kawasan dah cukup cantik dah...mmg port x bermain la kalau kawasan semak dan pokok renek mcm ni...tetiba saya terdengar mcm bunyi dengusan kat depan...member pun dgr jugak ...depa tanya saya...mcm bunyi Tok Penghulu jer...saya pun rasa mcm tu jugak tapi bunyi tu dekat sangat...mcm 10 kaki kat depan kami jer...apabila disuluh ke arah bunyi tu xder pulak lawan mata...kami gerak kedapan lagi..peluru dlm chamber pun dah tukar dr penabur ke buckshot...just in case...tetiba menatang tu mengaum terus...mak aihhh...lembut lutut terus...rupanya Rimau tu duk ada x sampai 5 kaki dr saya...dia duk dlm area perdu buluh..patut la x lawan mata...bau pun xder pasai angin puput dari belakang kami...saya pusing belakang tengok member dah xder...bila masa depa cabut lari pun xtau...saya nak lari tapi dah lembek kaki so, saya cakap kat Rimau tu...'Kalau hang mai aku bedil...kalau x kau yg geruh ...aku yg akan geruh '....actually masa saya cakap mcm tu Rimau tu dah xder kat situ rupanya...Rimau tu pun lari sebab terkejut kat kami...tapi bila saya suluh kat depan , saya nampak Rimau tu dah ada kat atas permatang bukit tu...merenung ke arah saya...dan kat tempat Rimau tu tadi ada bangkai babi hutan ...tgh makan rupanya Tok Penghulu tu...patutlah marah beno bila kami kacau dia tgh supper...

Saya pun patah balik ke base...dlm duk berjalan balik tu asyik toleh kat belakang jer ..kut2 Rimau tu ikut saya..risau jugak...sampai base tengok member tadi dah siap makan meggie lagi...hawau betui...dah la masa depa lari tu x tadi depa campak kemana pun xtau...suruh pi cari balik mampoih depa nak pi...


2- Kisah ni jadi kat x...saya dan 4 org member pi memburu x...dah 2 hari kat situ, sekoq x pun belum boleh tembak lagi...hari ke 3 kami buat 2 ran kat denai yg ada jejak x tu...saya amik shift petang dr pukui 3 sampai 6 petang...member lain amik shift pagi...pagi tu masa saya kat khemah dlm pukui 10 pagi saya dgr bunyi meletup dr arah ran selatan...pas tu setengah jam lagi dgr meletup lagi dr ran timur...wah...best ni ..sure dah 2 ekoq x tumbang...dlm pukui 11 pagi depa bawak balik 2 ekoq x..yg sekoq tu besaq..lebih kurang 30 kg...x dah...petang tu giliran saya pulak tunggu ran...saya pilih ran timur sebab dekat ngan khemah..x larat nak jalan panjat bukit tinggi kalau pi ran selatan...dlm pukui 5 petang , tetiba saya bau hamis mcm bapak kambing...ahhh sudah...! bau Rimau la ni...jenuh saya toleh tapi x nampak pun kelibat Tok Penghulu tu...bau makin kuat pulak tu...saya pun terus berdiri kat atas ran tu...seriau jugak kalau Rimau tu mai tarik kaki saya sebab ran tu pun bukan tinggi mana pun...tetiba agas pulak mai kerumun...sah..! Rimau tu makin hampir..tapi haram x nampak pun...adoiii...x senang duduk dah ni...senapang dah la single barrel...kalo setakat sedas gerenti x tumbang punya Rimau tu...peluru pulak cuma buckshot jer...peluru Slug x bawak pulak...

Dah lebih sejam setengah mcm ni...bau ngan agas cukup banyak tapi kelibat Rimau x nampak...kejap lagi dah nak gelap...kena tido atas ran la jawabnya...saya kuatkan semangat dan pelan2 turun dr ran tu...apa nak jadi pun jadilah....sampai kat tanah jer mata melilau cari Rimau tu...saya gerak ke depan sikit dan jelas nampak bekas tapak kaki Rimau tu...baru sangat nih...tapak tu berpusing2 di kawasan ran yg saya duduk tadi...time tu dah samamr2 dah...gelap la jugak...saya terus turun bukit tu dan ikut denai balik ke khemah...sampai ja kat kaki bukit , saya toleh belakang sebab saya rasa mcm ada benda ikut...Nah..!! Rimau tu tercegat x sampai 20 kaki dari saya...rupanya dia ikut saya...rasa mcm telur naik ke pusat...hehehesaya angkat senapang pelan2 dah aiming straight kat muka Rimau tu sambil berkata...' Pi balik la sebab aku pun nak balik ni '....mcm paham jer cakap saya...Rimau tu pun terus pusing dan jalan pelan2 ke arah laluan tadi....time tu dah pukul 8 malam dah...saya pun jalan balik ke khemah...seram jugak jalan sorang2 dlm gelap ni...nasib baik dah spare torchlight...

jadik le tu...nanti sambung lain...kalau ada sesapa yg x percaya cerita saya ni...saya minta maaf banyak2 ...bukan tujuan nak tunjuk riak tapi Allah SWT tu maha mengetahui segalanya...
Last Edit: 11 months ago by mr.stark.
The following user(s) said Thank You: hajiwan , jangofett

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3620

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1802
  • Karma: 2
hehehe..syoknya, cerita lagi marker..apa saja la pengalaman kat dalam hutan, peduli apa orang nak percaya kat kita atau tak, yg penting kita tahu kita yg alami perkara tu..ada jugak ilmu kat kami yg cetek bab2 hutan ni..teruskan marker..sate rusa kajang nak kena belanja marker ni..hehehe..

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3626

  • Alpha_six
takder unsur riak pun dalam criter marker tu.. banyak pengajaran kalau kita renung betul2 dalam criter tu..

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3627

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3921
  • Karma: 2
Alpha_six wrote:
takder unsur riak pun dalam criter marker tu.. banyak pengajaran kalau kita renung betul2 dalam criter tu..


aku setuju, pengalaman tuan marker sekurang2 boleh dijadikan pengajaran dan peringatan bagi kami yang kurang ilmu ini. maklum la kami banyaknyer kalu p masuk hutan selalu ramai2 dan riuh rendah dibandingkan tuan marker yang masuk hutan dengan pergerakan yang senyap..

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3628

  • hajiwan
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1802
  • Karma: 2
HelangRimba wrote:
Alpha_six wrote:
takder unsur riak pun dalam criter marker tu.. banyak pengajaran kalau kita renung betul2 dalam criter tu..


aku setuju, pengalaman tuan marker sekurang2 boleh dijadikan pengajaran dan peringatan bagi kami yang kurang ilmu ini. maklum la kami banyaknyer kalu p masuk hutan selalu ramai2 dan riuh rendah dibandingkan tuan marker yang masuk hutan dengan pergerakan yang senyap..


Setuju tu, saya pun paling kurang masuk hutan mesti berdua, marker sorang je..tentu best dan banyak pengalaman, boleh kita belajar sesuatu dr marker..kot2 saya mancing dlm hutan, tetiba jumpa benda mcm ni..tau la skit apa nak buat dr dok kaku tunnggu jadik arwah je..hehehe..

Please proceed marker, yg elok kita belajar, yg tak elok..kita jadikan pengajaran, yg penting, lesson must be learn.

Re: Ilmu 'Survival'/ berinteraksi dengan 'mothernature' 2 years, 10 months ago #3631

Hehehe..sebenarnya saya pun masuk hutan 2/3 orang jugak tapi masa memburu jer selalunya pi sorang2 atau berdua...ada juga yg pi bertiga...

Kisah Sesat Kat Dlm Hutan...

Selama saya duk main dlm hutan ada 2 kali saya tersesat kat dlm hutan tu...


1- Kisah ni terjadi di hutan ...
saya dan 6 org member masuk hutan tu dgn tujuan nak buru x ..hari pertama kami x boleh sekoq pun walau bekas jejak x banyak kelihatan...heran jugak...malam ke 2 saya dan sorang lagi member decide nak menyuluh pulak...lebih kurang jam 1 pagi kami pun bergerak...saya di depan manakala member sorang lagi jalan dibelakang dlm jarak lebih kurang 30 kaki...( masa menyuluh malam , jika pi berdua atau bertiga...jarak antara orang didepan dan buddy di belakang harus jauh sedikit..,ini utk mengelakkan bunyi yg boleh menyebabkan x terkejut.....buddy dibelakang hanya berpandukan cahaya lampu suluh org hadapan sahaja yg agak samar2 kelihatan...jika org hadapan x nampak cahaya torchlight buddy belakang , maka dia harus stop dan halakan torchlight ke atas sebagai panduan org belakang )...ok sambung balik..., setelah lebih kurang sejam berjalan , tetiba saya perasan mcm ada kilauan mata x di sebelah kanan saya...saya pun terus halakan lampu suluh ke belakang dan goyangkan torchlight tu 2/3 kali supaya buddy belakang stop movement...( ada pemburu yg gunakan cara bersiul utk inform member belakang , tapi saya ni jenis x reti bersiul...hehehe..)...saya pun halakan torchlight ke arah spot kanan tadi dan sah...x dah lawan mata ngan saya...Dammmm..!! tergolek sekoq x...setelah x torchlite pun disuluh semula ke belakang...buddy dah paham cara ni...depa pun mai ke arah saya...px dimasukkan ke dalam guni...sambung jalan lagi...lebih kurang 10 minit jalan tetiba saya rasa lain mcm..kawasan sekitar hutan tu mcm bersih jer seolah2 ada orang yg duk jaga...pelik jugak...x kisah la...saya pun terus berjalan dan menyuluh tapi apa pun tadak...pelik...takkan kawasan mcm ni cuma ada x x jer...kami rehat sekejap...member belakang dah x larat dan ajak patah balik ke base...saya pun setuju.., maka kami pun patah balik ikut jalan tadi ke base...

tapi saya rasa pelik kerana ranting pokok yg kami patahkan sebagai penanda arah dah xder...puas kami cari tapi x jumpa...laluan tu pun mcm x pernah kami lalu sebelum ni...semak semacam jer..aiikkk..!!! takkan silap jalan kut sedangkan saya dah pasti yg kami x melencong pun...xper...kita jalan lagi kut2 marker tu ada didepan....tetiba kami jumpa kubang x yg masih baru sedangkan semasa datang tadi xder pun jumpa kubang x ni...Sah...kami sesat..!! Nasib baik buddy yg ikut tu pun dah lama main hutan , so, xder sapa pun yg panik la...setelah berbincang kami putuskan utk gerak jugak...jam dah hampir pukul 5.30 pagi...setelah berjalan lebih kurang 1/2 jam tetiba kami berjumpa semula ngan kubang x tadi...saya rasa time tu kami dah jalan berpusing trek yg sama dlm hutan tu...saya cadangkan kami naik bukit hadapan kami ...gerak ke bukit tu...tinggi jugak la nak sampai ke permatang bukit tu...semput jugak saya...apabila sampai atas permatang bukit tu tetiba jumpa lagi ngan kubang x tadi...sah..!! kami dah kena main dgn Penjaga Hutan ni...jam dah pukul 6.30 pagi...saya amik keputusan utk tunggu matahari terbit jer...kami pun lepak kat banir pokok balak jenis x...pabila matahari dah terbit , lebih kurang jam 8 pagi , kami mula cari jalan semula...time tu haus giler tapi punca air pun x jumpa...akar pokok berjuntai yg ada simpan air pun xder...agak lama jugak la berjalan , saya ternampak ada carok air kecik kat bawah bukit...kami pun turun...sampai kat carok tu saya nampak ada 4 longgok x kat dlm lopak air tu...nak buat mcm mana , terpaksa jugak la minum Air x sebab dah haus sangat...

kalau nak diikutkan dah hampir 10 jam kami sesat...saya pun dah mati akal dah...lepas tu baru perasan kemungkinan kami sesat ni disebabkan oleh x yg saya x tu kut...keputusan diambik utk tinggalkan pelanduk tu disitu jugak dan saya pun cakap kuat2..' Aku minta maaf sebab x mainan Hang...,sekarang ni aku kembalikan semula mainan hang dan tolong buka jalan bagi kami balik '....lepas tu kami pun jalan semula dan x sampai 10 minit saya berjumpa semula dgn marker penanda arah yg saya buat semalam...dlm masa 1/2 jam lepas tu kami pun sampai ke base....Kedekut sungguh Penjaga hutan kawasan ni..!!


Kisah 2 ...

Terjadi di sempadan x...

saya dan 5 orang member masuk hutan ni utk cari x...lokasi lebih kurang 6km dr x...hari pertama jer kami dah x...z tu dilumur dgn garam kasar dan disalai utk tahan lama...kami rancang nak duk sehari lagi kut2 boleh dpt x lagi...hari ke 2 , hujan lebat.., saya dan 2 org member rancang nak ikut x selepas hujan nanti...( jejak x yg baru akan jelas kelihatan selepas hujan turun )...jam lebih kurang 11 pagi , kami pun mula bergerak ke arah barat daya...dlm sejam jer saya dah jumpa jejak x yg sangat fresh...tanah yg dipijak rusa tu pun masih lembik...kami pun atur position dgn member saya sebagai recce depan , saya no 2 dan member sorang lagi no 3...kami bawak x...lebih kurang 1 jam ikut jejak member depan bersiul...tandanya dia dah nampak x tu...kami pun freeze movement...Dammmm..!!!...member depan jerit kat kami..' Follow up '...kami pun gerak ngan pantas ikut x tu...x tu nampak berbuih..maknanya x masuk ke jantung...x lama lagi tumbang ler tu tapi x tu agak kuat jugak sebab dia terus lari walaupun dah kena x...Dammmm....!! member depan x lagi se x...dah 2 x tapi x tu x tumbang jugak...member depan jerit suruh saya pintas x tu sebelah kiri...bahaya ni silap2 bulih x kawan sendiri ni...saya pun pintas jalan sebelah kiri sambil berlawan sahut dgn member depan utk clearkan position saya supaya dia x x ke arah saya...tetiba saya dah nampak x tu berlari ke arah saya..setelah saya pasti yg member depan tadi berada di belakang saya maka x..!! saya x tepat ke pangkal bahu depan x tu...akhirnya dgn izin Allah SWT , tumbang jugak x tu...saya pun segera x...xa ni kaler hitam pekat ..jenis x ni...

agak besar x tu..dlm sepikul lebih...x cabang 4...saya suruh member yg sorang lagi patah balik ke base utk panggil member lain dtg bawak balik x tu sementara saya dan sorang member lagi mula melapah x tersebut...dlm duk melapah tu tetiba member yg diarah balik ke khemah tadi berlari datang...dia bgtau yg dia jumpa batu penanda sempadan kat tempat kali ke 2 dia x tadi...kami pun pi ke arah yg dimaksudkan...sah..!! Batu penanda sempadan..maknanya kami dah masuk agak jauh kedalam kawasan x...saya mula x sedap hati ..takut Askar x dgr bunyi senapang tadi...kami pun patah balik ke x tadi dan potong dua x saja dan terus tinggalkan tempat tersebut...bahagian x yg lain kami tinggalkan mcm tu jer...

Moral Cerita...kalau x kawasan sempadan , pastikan kita tidak leka dan tersesat ke kawasan negara jiran...nasib kami baik hari tu...kalau tidak kena tidor lokap x la jawabnya...

sekian dulu...nanti sambung lagi...
Last Edit: 11 months ago by mr.stark.
Time to create page: 0.79 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.