Binokular
Ada sesapa yang dlm PP ni memiliki Binokular a.k.a teropong? well, binokular ni secara simple term adalah berfungsi untuk membolehkan pengguna melihat objek atau view yang jauh dengan lebih jelas melalui pembesaran yang dilakukan oleh kanta didalam bino tu.
So far ada dua jenis binocular iaitu Porro Prism dan Room (dach) prism.
Porro Prism
Untuk porro, rekaan jenis ini adalah hasil idea Ignazio Porro (orang Itali) yang mengunakan konsep prism Z shape. Antara faktor yang bagus bagi rekaan jenis porro ni adalah kanta akhir yang lebih besar seterusnya mempunyai ruang penglihatan yang lebih besar (wide scope).
Roof (dach) prism
Rekaan roof (dach) prism ni adalah hasil idea Achille Victor Emile yang menggunakan konsep direct look. Faktor yang membuatkan rekaan roof ni bagus adalah kerana saiz yang lebih kecil dan lebih lasak berbanding bino jenis Porro.
Kekuatan dan kemampuan Binokular.
Pembesaran
Biasanya, bila kita beli binokular ni, akan ada dua abjad yang menjadi penanda / ukuran kepada kemampuan bino tu. Contohnya 8x12, 12x35, 12 x32 dan sebagainya. Apa maksud nombor-nombor ni?
Ok, awalan nombor bagi setiap angka2 tersebut adalah pembesaran objek yang mampu dilakukan oleh bino tu. Contohnya AxB, so A tu mewakili kepada kemampuan bino tu membesarkan objek yang kita fokuskan. Contohnya sebatang pen dilihat secara kasar adalah sepanjang 10 cm, tapi dengan 8x pembesaran, melalui bino tu kita boleh lihat pensil tu dengan saiz 8 kali ganda besar dr saiz asal..so, lebih besar dan detail.
So, kalau kita tengok burung dr jarak jauh, melalui teropong atau bino tu, kita mampu melihat burung tu 8 kali ganda lebih besar. So, kalau identifikasi bino tu lagi besar, contohnya 12x, atau 15x tu lagi besar la objek yang boleh kita tengok.
saiz lensa
angka akhir bagi identifikasi bino tu plak, iaitu AxB, yang dirujuk kepada B, atau 12/35, 10x40 bermaksud angka 35 atau 40 tu sebagai diameter lensa bino tu. Cermin lensa yang saya maksudkan tu adalah cermin akhir di dalam binaan bino tu.
Diameter lensa tu, sila lihat cermin kaca berwarna merah, diameter lensa merah itulah yang menjadi ukuran kepada angka2 akhir dlm ukuran tu..lagi besar angka, lagi besar dan lebar cermin berwarna merah tu.
lagi besar lensa bino tu, lagi besar area skop yang boleh dilihat, selain itu, lagi besar lensa tu, maka banyak cahaya dapat masuk seterusnya membolehkan pengguna melihat dengan lebih jelas dan terang didalam waktu gelap.
jap lagi sambung..