Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng

Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 10 months ago #31509

Untuk maklumat, drama ini sedang dalam penggambaran di sekitar Port Dickson. Telah tiga hari berjalan. Hari ini, penggambaran di lakukan di Lapangsasar Menyala PD, esok di terowong PK Muzium TD dan hingga 25 hb dis disekitar PD. tk

Drama Khas Tentera Darat Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-80


KEMBOJA DI LAMAN CHIN PENG

Skrip: Pena Celoreng
(Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid KAT BCK PJM)

SINOPSIS KESELURUHAN:

Drama (telemovie) ‘Kemboja di Laman Chin Peng’ adalah drama perjuangan perajurit tanahair yang berlatarkan dua zaman dan memaparkan dua generasi wra-wira tanahair. Lt Sharif dan Lt Zulkifly mewakili generasi X, manakala Kapten Sulaiman dan Sjn Md Noor mewakili generasi Y. Bagi mereka kepentingan tugas dan tanggungjawab mempertahankan negara mengatasi segala-galanya.

perang /moden tentang dugaan kehidupan seorang balu tentera iaitu Puan Melia dan dilema yang dihadapi oleh anaknya iaitu Kapten Sulaiman yang mengikuti jejak marhum ayahnya.

Selepas kematian suami di dalam satu pertempuran terowong dengan pengganas komunis, Puan Melia perlu mencari hala tuju kehidupannya sendiri. Penuh berduri. Penaka arwah suami yang belum sempat meninggalkan harta kerana baru dua tahun bekerja, Pn Melia bekas jururawat terpaksa balik ke kampung dan tinggal bersama ibunya. Dengan wang saguhati hadiah dari kerajaan yang sedikit, Puan melia mencuba pelbagai kerja antaranya membuka kedai runcit, mengambil upah menjahit baju, menjual kuih, dan akhirnya menoreh getah untuk menatang satu-satunya harta yang ditinggalkan iaitu Sulaiman. Kehidupan sebagai seorang janda muda beranak satu sangat menguji. Di samping menguji saga cintanya kepada arwah, ia turut menguji kesabaran jiwa dan perasaan.

Melia berjaya membesarkan anaknya Sulaiman hingga ke universiti seperti yang dihajatkan oleh arwah. Sejak mengetahui ayahnya mati ditembak komunis, rasa kebencian kepada komunis semakin membiak. Sulaiman berazam membela kematian ayahnya. Keputusan Sulaiman bagi memasuki tentera sangat mengejutkan Puan Melia dan ditolak mentah-mentah kerana bimbang ‘pisang berbuah dua kali’. Bagi Puan Melia, Sulaiman adalah hati dan jantung. Hilang Sulaiman bermakna hilang segala-galanya. Cukuplah dengan kesengsaraan kehilangan seorang suami. Jangan pula hilang satu-satunya harta dan warisan yang ada iaitu Sulaiman.

Sulaiman akhirnya memasuki tentera. Dalam satu operasi iaitu tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan, Kapten Sulaiman bertempur dengan pengganas komunis. Seorang komunis berbangsa Melayu yang cedera telah berjaya di tawan. Kapten Sulaiman mahu pengganas tersebut di rawat dan di bawa balik ke markas untuk soal siasat. Mana boleh Askar Melayu membunuh Melayu. Manakala anggota bawahannya yang diwakili oleh Sarjan Md Noor mahu pengganas tersebut di tembak mati tanpa mengira apapun bangsanya. Bagi mereka, komunis tetap komunis. Maka komunis tidak boleh dibuat baik atau diberi peluang kerana akan makan tuan. Maka berlakulah perdebatan hujah antara Kapten Sulaiman dengan Sarjan Roslan. Dalam masa yang sama, Kapten Sulaiman di datangi roh arwah ayahnya yang tidak setuju akan keputusan beliau. Di dalam mimpi, dia berhujah dengan ayahnya perihal isu membela komunis. Perdebatan ini bertujuan menyindir segelintir golongan masyarakat yang pada hari ini khususnya bangsa Melayu yang menyokong perjuangan komunis.

Keesokan harinya, ketika mengiringi pengganas komunis keluar dari hutan, anggota pengiring telah tergelincir batu dan jatuh ke lembah bersama pengganas. Pengganas komunis berjaya merampas senjata dan menembak Kapten Sulaiman. Cedera. Akhirnya Kapten Sulaiman terpaksa bersetuju dengan pendapat anggota-anggotanya dan arwah ayahnya bahawa pengganas komunis adalah komunis hingga bila-bila. Beliau perlu membuat keputusan segera. Antara arahan, Konvensyen Geneva 1949, dan kepentingan generasi akan datang.
Attachments:
Last Edit: 1 year, 10 months ago by penaceloreng. Reason: SINOPSIS
The following user(s) said Thank You: Laksamana Sunan, HelangRimba

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 10 months ago #31510

  • HelangRimba
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • PP Photographer
  • Posts: 3977
  • Karma: 3
penaceloreng wrote:
Untuk maklumat, drama ini sedang dalam penggambaran di sekitar Port Dickson. Telah tiga hari berjalan. Hari ini, penggambaran di lakukan di Lapangsasar Menyala PD, esok di terowong PK Muzium TD dan hingga 25 hb dis disekitar PD. tk
TQ tuan.. tuan ada berlakon sama ke?

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 10 months ago #31521

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 3410
  • Karma: 5
bagi gambar teaser sikit tuan
The following user(s) said Thank You: penaceloreng

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 10 months ago #31522

  • Akmal3110
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2052
  • Karma: 1
Sinopsis skit tuan heheh

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 10 months ago #31523

  • KUK
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2354
  • Karma: 2
Macam best je drama ni

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 8 months ago #33105

best gilerrr

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 8 months ago #33203

  • KUK
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2354
  • Karma: 2
Harap x ada adengan cintan la

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 8 months ago #33211

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 3410
  • Karma: 5
saya kerja plak time tu tak boleh nak shoot ke sana

Re: Drama Khas Tentera Darat: Kemboja di Laman Chin Peng 1 year, 7 months ago #36356

  • HangPC2
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 66
  • Karma: 0
Tajuk nya berjiwa '' Sastera '' macam tajuk novel
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.42 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.